Sabtu, 25 November 2017

Menghampiri Pra-Diabetik

Gula ialah dadah bagi aku.


Kalau orang lain addict dengan meth, aku dengan makanan yang manis-manis, minuman yang manis-manis.


Paling banyak ialah minuman manis. Air coklat, air berperisa, kadang-kadang air soda.


Masa bulan puasa yang lepas, aku buat ujian darah selepas makan; 5.5mmol/L.



Tadi, sahaja aku buat ujian sebab tengah bosan sangat. Terkejut bila tengok bacaan 5.8mmol/L. Kali terakhir aku makan ialah pada pukul 11.30pm 24/11. 

Rasa macam nak terjojol biji mata aku melihat bacaan tersebut. Habis sudah angan-angan aku nak makan coklat cadbury yang adik aku terlupa nak makan tu. 


Terus terasa nak buat diet atkins untuk seumur hidup. 


Terus terasa bersemangat nak diet dan meneruskan misi menurunkan berat badan. 


Tadi makan nasi dan ayam masak lemak cili padi 2 pinggan, biskut susu (170kcal sebungkus) dan segelas air coklat. Sedap gila (puji diri sendiri masak pula). Aku rasa macam terlajak kalori. Mungkin dalam 1800kcal. Tak pa, esok aku cuba kurangkan nasi dari 4 mangkuk, kepada 3 mangkuk. Air manis secawan je lepas ni. Snack pula tukar kepada buah sebiji. 


Lepas ni cuma masak makanan yang tak bergoreng. Contohnya Kari, Sup, Tom Yam, Bakar. 
Sekarang ni kena kawal makan 1600++ je! Aim nak turunkan 1kg/minggu. 1 Disember ialah timbangan kali pertama. 


Mama pun berdiet juga sejak terpengaruh dengan kawan dia yang makan Herb****. Aku dah warning, jangan nak beli bukan-bukan. Hampeh betul mak cik tu. Kang jadi apa-apa kat mak aku tak naya. 


Aku dah lecture mama bahawa tak makan malam dan ganti dengan minuman tu sama ja efek dengan tak makan malam tanpa minuman Herb*****. Tetap pengurangan kalori. Tapi aku tengok mama tetap makan makanan bergoreng seperti keropok ikan. Bila aku tegur, dia kata takkan makan sikit pun tak boleh. Yup, jawapannya mmg tak boleh. Sebab makanan bergoreng.Hakikatnya, bukan sikit dia goreng.  Entahlah. Orang tuakan.. Susah nak ajar ilmu sains ni.


Yang bagusnya tentang mama ialah, mama senang makan ubat. Dia makan ubat tak culas. Lega setiap kali pemeriksaan darahnya ok. 


Semoga berjaya Alia! :)

Jumaat, 24 November 2017

Apa sudah terjadi!

So, selepas datang bulan, aku telah dirasuk oleh hantu lapar.


Aku makan macam tak pernah jumpa makanan.


In fact, sekarang ni pun dok lapar lagi, padahal baru ja kedarah sepinggan nasi.


Berat sekarang, 149.6kg. Haish..


Tak boleh jadi.


So, aku decide nak buat diet kalori lah.. Tambah dengan diet puasa.



Aku bercadang nak buat 20 / 4. 20 jam puasa, lagi 4 jam untuk makan. Waktu telah dipilih, iaitu pukul 7pm. Jadinya, waktu terakhir aku makan ialah 11pm.


Aku aim nak turun 4kg sebulan, bersamaan 1 kg seminggu. Sekarang fokus untuk turun kepada 140kg. Kalori yang aku boleh makan ialah cuma 1600kcal ++ sahaja sehari.



Aku harap, hari raya nanti aku tak malu nak jumpa kawan2 aku kembali. Rindu la kat diaorang. Asyik tengok gambar ja. Aku harap, bila dah turun berat nanti, aku dapat pakai balik baju kurung aku yang lama2 tu.


Oh, aku berjaya kemas dapur! Tinggal satu je lagi nak kemas iaitu bilik ke-2 aku. Aku pun pening, mana nak campak (susun) semua buku2 tu. Bulan Disember nak fokus pada hal kecil2, seperti pasang cermin, betulkan almari pinggan, cari penyangkut baju dan lain-lain.


Tinggal lagi 6 hari untuk habis bulan November. Aku harap, dapat habis kemas sebelum masuk bulan baru



Bahasa jepun? Ok, masih memperbaiki handwriting hiragana, masih tak move on utk polish katakana lagi. Kanji? Rasanya tak sempat habiskan 80 karakter Gred 1. 30++ saja.














Rabu, 1 November 2017

November

Bulan ni sangat istimewa.


Hari jadi Kak Yong, Baby F, Abah dan aku.


Abah juga meninggal dalam bulan ni.


Target bulan ni:

1) Cari kerja
2) kurang berat badan kepada 140kg
3) kemas rumah (ya, dah pindah sejak beberapa bulan yang lalu, tapi masih tak habis mengemas!)
4) hafal semua karakter kanji gred 1


Semoga berjaya!

Sabtu, 28 Oktober 2017

Rindu

Aku rindu KL sebenarnya


Pindah balik ke Kedah menyebabkan aku agak tertekan. Sikit la..


Aku rindu kesesakan lalu lintas (ye, aku pelik). Kat Kedah tak da jam. kadang-kadang banyak kereta, tapi tak jam. Aku rindu semangat jam kat KL. Jalan-jalan mula lenggang pada pukul 9 ke atas kat sini.  :(


Aku belum start kerja sejak pindah. Dah 5 bulan.. Kalau aku bekerja, aku dah gained at least RM 10k for the last 5 months.


Aku rindu jalan/highway KL. Kadang-kadang bila tengok orang ambil video kat KL, aku teringat aku pernah lalu jalan tersebut.


Aku rindu anak-anak saudara aku yg 5 orang kat sana.



Aku rindu kawan-kawan kat sana. Kawan tempat kerja.


Aku rindu friendly chinese kat KL. Tak macam kat Kedah. Orang cina kat sini berlagak. Serius. Aku tak tipu. Kita datang kedai dia, muka masam ja. Apa jadah. Aku tak suruh pun kau sembah aku sebagai pelanggan, tapi, senyum la wei.. Seriously, aku rindu chinese kat KL. Aku rindu nak bercakap dengan diaorang. Dulu kerja, selalu cakap dengan kaum ni. Mostly baik-baik.



Entah kenapa dekat Kedah diaorang muka senget. Pelik betul. Adakah kerana politik di Kedah? Apa agaknya yang meracun senyuman mereka?


Aku rindu nak kerja balik. Entahlah.. Dengan berat macam ni, dengan tak de baju formal.








Jumaat, 20 Oktober 2017

Baby M, R dan H

Tahun 2016-2017, kakak-kakak aku melahirkan 3 baby boys.

Baby M lahir pada Oktober 2016
Baby R pada Mac dan Baby H pada April 2017.


Aku harapkan kakak aku yang ketiga, melahirkan baby girl la. Siap carikan nama budak perempuan. Perut pun kecik ja, Semua ingat perempuan la.


Sekali masa scan, nampak pula tut baby H. So, three in a row, baby boys ja.


Tapi, pengakhirannya sedih.


Baby H, hayatnya cuma kurang 24 jam. Tak siapa sangka. Masa dia meninggal, aku masih ditempat kerja. Tak sempat berjumpa masa hayatnya. Kakak aku pun tak sempat jumpa.


Baby H, sepatutnya dah 6 bulan kalau masih bernafas.


COD: meconium aspiration. Tiba-tiba ja baby stress. Kalau tau nak jadi macam ni, dah lama aku cadang kakak aku lahir secara ceaserean.


Comelnya baby H.


Temankan Wan kat sana ye. InsyaAllah, kita semua akan dikumpulkan balik dalam syurga Allah.


Ya! Bye-bye

Ungkapan tu ringkas ja.


Tapi buat aku rindu sangat si pemilik suara serak basah, high pitch tu.


Tahun ni, beberapa hari lagi genaplah dia berumur 3 tahun.


Rindunya kat budak tu. Dia might be my last niece. Eh, lupa pula, adik aku tak kahwin lagi. hahaha


Dia yang buat bulan-bulan terakhir aku dengan abah, jadi bermakna. Itu je modal sembang kami dalam kereta.


Sampaikan, bila mak dia melahirkan baby baru, aku terdetik dalam hati, kalaulah apa-apa terjadi,I call dip on her. hahaha


Astaga, jahat betul aku.



Rabu, 11 Oktober 2017

Viral

Viral dalam kamus aku ada dua ja.


 Jangkitan viral, iaitu seperti demam selsema , lagi satu ialah tular (famous dalam alam maya).


Viral yang aku akan cerita ini ialah jenis yang kedua.


Aku pernah tulis satu artikel kat page yang agak popular. Of course la sebagai anonymous ( tak dikenali). Tak ku sangka, tulisan aku yang ringkas dan tak detail tu jadi viral!


Penulisan aku tentang financial. Lebih kepada menceritakan pengalaman diri kepada skop yang kecil; iaitu budak-budak masih belajar, baru habis belajar dan bujang. Artikel aku dalam page tersebut hanya dapat sambutan sederhana, tak sampai 1000 likes pun di page berkenaan. Komen-komen semuanya positif. Ada yang suruh aku update selepas setahun (kalau ikutkan tahun ni la, sebab artikel tu ditulis pada 2016)


Entah macam mana, ada satu page yang sangat popular, cetak rompak artikel berkenaan.


Wow,.. berkandaq aku kena maki hamun sebab katanya artikel aku tak masuk akal dan mustahil oleh followers page berkenaan.


99% negatif.


Reaksi aku?


Tentu sekali kalau diikutkan hati, nak je aku balas satu-satu semua komen yang negatif tu. Tujuannya hanya satu, untuk pencerahan. Tapi aku sedar,aku tak mampu. Masakan aku nak dedah identiti aku kat umum.


Apa yang aku boleh buat ialah take a deep breath, baca ratusan komen tersebut dan keep moving forward. Bila terserempak komen yang positif atau menyokong, hati aku terubat sikit. :)


Tiba-tiba, hari ni , mungkin dah genap setahun sejak aku post artikel berkenaan, page yg cetak rompak tu naikkan artikel itu sekali lagi.


Dan, untuk kesekian kalinya, aku dimaki hamun lagi.


Apa yang boleh aku buat cuma frown up dan keep moving forward. :)