Sabtu, 14 Disember 2013

Betul kata pakar..

Minggu ni anak saudara bertandang ke rumah.

Memang riuh habis.

Satu malam (malam pernikahan Zain dan Che Ta :D ), saya dan mereka (2 orang) main lukis-lukis atas papan putih masing-masing.

Seorang berumur 4 tahun dan seorang lagi berumur 3 tahun. Mereka menyuruh saya melukis pelbagai benda; ikan, semut, hantu pocong (!), Doraemon dan rumah.

Tipikal lukisan rumah; ada pintu, bumbung, tingkap, pasu bunga, dan orang lidi. Maka sesi pertanyaan pun bermula:



4              :Ni apa Chik Ya?

Saya         : Bumbung....

4              :Ni rumah apa Chik Ya?

Saya         : Rumah kecik...

4               :Awat kecik?

Saya         :Tak nampak ke rumah ni kecik? Boleh masuk 3 orang ja. Mak dia, ayah dia dan budak ni.

3               : Ni apa Ya? (tunjuk kepada tingkap yang cuma nampak kepala orang lidi)

Saya          :Kepala budak tu la.

3               : Dia buat apa ni?

Saya          : Tunggu mak dan ayah dia balik dari kerja. (sibuk melukis lagi)

3               : Dia tak nangis ke?

Saya         : ermm?

4               : Mana tok dia? (Mana nenek budak ni? dengan penuh prihatin)

Saya           : ***gelak guling-guling..***




Betul kata pakar, kanak-kanak memang hebat dalam berimaginasi. Mereka menyoalkan perkara yang nampak remeh-temeh tapi perkara itulah yang kadang-kadang orang dewasa terlepas pandang dan anggap tak penting.

Jumaat, 13 Disember 2013

Terkilan dengan diri sendiri.

Hari Khamis yang lalu, pengalaman bekerja selepas graduasi bermula.

Tempat kerja sangat seronok. Tiap-tiap hari balik dengan mood positif. Tahukan, macam mana kita tau kita dalam mood positif? Bilamana dalam perjalanan pulang kita masih tersenyum, masih mampu sedekahkan senyuman pada orang di sekeliling, dan masih dalam mod bertegur sapa dengan orang yang tak dikenali. :)

Begitulah tiap-tiap hari. Tapi... oleh sebab kesihatan yang tak mengizinkan (obes), aku pun terpaksa berhenti. Dah tiga hari aku tak pergi kerja dan tiap-tiap hari juga aku terkenangkan rakan-rakan di sana.

Tak pernah seumur hidup aku, ada pengalaman yang segembira ini. Hatta di sekolah, universiti dan juga kerja-kerja sampingan dulu.

Sedih dengan keaadan diri sendiri, aku tekad untuk kuruskan badan dan selepas itu barulah cari karier tetap supaya kejadian seperti ini tak akan berlaku lagi.

Khamis, 5 Disember 2013

Cikgu ****

Terkesima sekejap selepas tengok Facebook seorang rakan sekolah rendah. Beliau rupanya seorang guru sekarang ni. MasyaAllah, tak sangka sungguh. Dulu bukan main nakal semasa sekolah, kena marah dengan guru-guru pun tak lut.. (senyum) Paling tak percaya ialah beliau merupakan pelajar yang beroleh 5A semasa UPSR dahulu. Bukan kawan-kawan sahaja yang terkejut, para guru lagilah terkejut dan bangga dengan pencapaian beliau.

Sekarang, mendidik anak bangsa. Sungguh mulia perkerjaan beliau. Semoga terus bersemangat dan berdedikasi dalam mengajar, Cikgu ****. :)

Isnin, 2 Disember 2013

2 Tahun yang Lalu

Hari Jumaat.

Pagi-pagi lagi dah bertolak dari Klang ke Institut Jantung Negara.

Abah menjalani pembedahan jantung. Coronary Bypass.

Semua risau dan sedih. Aku ponteng kuliah buat pertama kali bagi kelas Animal Physiology.


Teringat sebulan yang pertama abah melalui proses pemulihan. Dia seakan-akan putus asa kerana sakit yang ditanggung. Teringat dia kata yang boleh dikonklusikan sebagai 'sakit sangat'. Sedih dan kesian tengok dia dalam keadaan macam tu. Senyuman seperti terpaksa. Badan semakin kurus.

Selepas 2 bulan, abah semakin sihat. Alhamdulillah, abah dah pulih sepenuhnya dari pembedahan tersebut. Boleh dikatakan abah yang dulu (berisi) dah tak ada. (senyum)

Rindu pulak kat dia yang berisi dulu.