Sabtu, 30 November 2013

Selamat Hari Lahir

Genap 24 tahun diri ini, terasa masih keanak-anakan.

Macam biasa, tiada hadiah dan sambutan. Hanya beberapa ucapan dari emel.


Isnin, 25 November 2013

Pengenalan: Miss Lenovo


Miss Lenovo sakit pada 19 November 2013. Hari yang sama aku terima ijazah dari Dato’ Sahol.  o_0


Aku kesunyian.


Tidak sehingga hari Khamis baru jumpa kedai yang baik hati memberi harga yang murah untuk format si dia. Mahal sungguh di KL! Tiba-tiba rindu betul kepada Shah Alam.. Berada di bawah sayap sang malaikat.


Rahmat.



Hari Jumaat si dia dah pulih.. fuh.. Rindu tak terkata. Dalam fikiran hanya terngiang-ngiang lagu ‘You Light Up My Life’. 


Sememangnya Miss Lenovo sahaja barang mewah yang pernah aku ada selain Toshiba-san yang diserang angin ahmar pada 2011. Serangan keduanya membawa maut. Aku menyesal kerana membeli mesin sokongan hayat yang separuh harga lagi murah daripada yang asli. Takkan diulangi kesilapan ini. 


Selain mereka, Abang Symphony ada berehat di Kedah, menghidap penyakit artritis dan juga lemah jantung. Tak pasti sama ada ingin menggantikannya atau tidak. Dia yang paling awal wujud dalam diri ini, April 2005.