Rabu, 20 Disember 2017

Cikgu Farah (bukan nama sebenar)

Mengambil kesempatan viralnya guru dibawa ke mahkamah baru-baru ini, aku pun ada cerita nak dikongsi.


Tahun 1999, aku darjah 4.


Cikgu Farah (bukan nama sebenar) banyak menyakitkan hati aku.


Aku suka pakai skirt masa dibangku sekolah. Dari tadika sampailah darjah 4, aku pakai skirt. Entah kenapa, sakit mata gamaknya si Cikgu tu melihat aku pakai pakaian tersebut, dia selalu 'membuli' aku di dalam kelas. Kononnya islamik bagai. Antara yang paling aku ingat, tengah dia mengajar, diberi contoh "Kayuh basikal laju-laju, sampai terselak skirt, habis orang nampak seluar dalam" (lebih kurang macam tu lah ayatnya). Satu kelas pandang aku. 


Yang paling aku geram sekali, dia pernah 'kahwinkan' aku di hadapan kelas dengan seorang murid nama Hilmi (bukan nama sebenar) hanya kerana tulisan aku yang paling hodoh diantara semua murid perempuan. Si Hilmi pula yang paling hodoh untuk kategori lelaki. Aku yang sangat menjaga air muka, hampir menangis ketika itu. Ada kawan aku tegur, "kesian". Ya, memang kesian. 


Sampai sekarang aku ingat semua ini.


Mujurlah dia cuma mengajar sekejap sahaja. Tak pasti sebab apa. 


Banyak kali juga terserempak dia di luar kelas, tiada sedikit rasa hormat untuk dia. 


Semestinya perkara ini aku pendamkan. Tak ada satu pun ahli keluarga yang tahu. 


Aku selalu saja didenda sebab tak buat kerja sekolah. Aku pernah dirotan, dicubit, dimarahi dan lain-lain sepanjang zaman persekolahan, tapi tak sama dengan dimalukan.


Bagi aku dia tak layak digelar pendidik. Dia sepatutnya didik aku, bukan buli aku dalam kelas. Dia juga berpolitik dalam kelas (menyokong pembangkang). Yang paling tak boleh diterima akal, katanya kerja dengan kerajaan, gaji yang diterima ialah syubhah, sebab pelaburan negara terlibat dengan import eksport arak, rokok dan kasino di Genting Highland. Dah tu, kenapa kerja sebagai guru juga? Oh, kerja tu je yang dia lulus temuduga kot?


Betullah apa yang orang cakap, buli mental lagi teruk daripada fizikal.


Aku harap tiada mangsa lagi selepas aku.






Selasa, 5 Disember 2017

Cepat tua

Aku perasan ahli keluarga aku cepat tua.


Ada sesetengah orang dikurniakan dengan awet muda, tapi kami lain.


Ayah aku hidup sampai 59 sahaja, tapi muka dan kedut macam dah late 60. Mungkin juga sebab sakit.


Mama, nampak muda sikit, sebab dia berisi. Kulit cekang. Kadang-kadang macam tak percaya mama dah 60. Kalau tak kerana uban dikepala, memang mama nampak agak muda.


Yang aku perasan, Kak yong dan aku cepat besar/tua. Kalau tengok balik gambar zaman bayi hingga pra-remaja, Kak Yong sangat tinggi untuk usia dia. Aku pula memang dapat dibezakan dengan abang. Aku dan abang cuma beza 11 bulan. Pada usia menjangkau 4 tahun, aku dah sama tinggi dengan abang.


Aku tinggi daripada dia sehingga dia mencapai umur 14 - 15 tahun. Kelakar pula, sekarang dia tinggi sikit daripada aku dalam 2 inci. Hakikatnya, aku taklah tinggi sangat pun, untuk seseorang yang pada usia 8 tahun setengah berketinggian 140cm. Ketinggian aku terhenti pada 165cm je. Kalau ikutkan carta tumbesaran, aku 'sepatutnya' lebih tinggi bila dewasa. Mungkin 170cm ke atas.


Kesimpulan yang boleh aku buat daripada maklumat di atas ialah, aku cepat TUA!


Antara faktor yang menyokong kenyataan tersebut ialah, gigi geraham bongsu aku tumbuh pada usia 17 tahun dan sempurna pada 18 tahun. (Note: rata-rata kawan aku tak tumbuh pun lagi gigi geraham pada ketika itu, padahal kebanyakkannya tua daripada aku beberapa bulan).


Aku pun dah ada uban 3-5 helai sebelum usia 28 tahun. Gigi-gigi susu aku cepat patah, kalau tak silap pada aku usia 4 tahun (hampir 5 tahun). Sebab ada bukti gambar. Aku didatangi haid pada usia 10 tahun ( beberapa hari sebelum hari lahir aku ke -11, tak silap 8 November?).



Kak Ngah pun nampak tua. Kak Tie pun. Gigi diaorang pun dah tak banyak. Kahkahkah


Ayie pun. Walaupun kategori kacak, Ayie nampak tua dari usia. Rambut pun makin kurang. Ada gaya nak botak tengah.


Aku rasa, abang ja yang maintain pada usianya. Mungkin dia warisi genetik mama.


Update: berat pada 4/12/17- 147.6kg. Bilik buku belum terkemas lagi.. Haish...