Rabu, 20 Disember 2017

Cikgu Farah (bukan nama sebenar)

Mengambil kesempatan viralnya guru dibawa ke mahkamah baru-baru ini, aku pun ada cerita nak dikongsi.


Tahun 1999, aku darjah 4.


Cikgu Farah (bukan nama sebenar) banyak menyakitkan hati aku.


Aku suka pakai skirt masa dibangku sekolah. Dari tadika sampailah darjah 4, aku pakai skirt. Entah kenapa, sakit mata gamaknya si Cikgu tu melihat aku pakai pakaian tersebut, dia selalu 'membuli' aku di dalam kelas. Kononnya islamik bagai. Antara yang paling aku ingat, tengah dia mengajar, diberi contoh "Kayuh basikal laju-laju, sampai terselak skirt, habis orang nampak seluar dalam" (lebih kurang macam tu lah ayatnya). Satu kelas pandang aku. 


Yang paling aku geram sekali, dia pernah 'kahwinkan' aku di hadapan kelas dengan seorang murid nama Hilmi (bukan nama sebenar) hanya kerana tulisan aku yang paling hodoh diantara semua murid perempuan. Si Hilmi pula yang paling hodoh untuk kategori lelaki. Aku yang sangat menjaga air muka, hampir menangis ketika itu. Ada kawan aku tegur, "kesian". Ya, memang kesian. 


Sampai sekarang aku ingat semua ini.


Mujurlah dia cuma mengajar sekejap sahaja. Tak pasti sebab apa. 


Banyak kali juga terserempak dia di luar kelas, tiada sedikit rasa hormat untuk dia. 


Semestinya perkara ini aku pendamkan. Tak ada satu pun ahli keluarga yang tahu. 


Aku selalu saja didenda sebab tak buat kerja sekolah. Aku pernah dirotan, dicubit, dimarahi dan lain-lain sepanjang zaman persekolahan, tapi tak sama dengan dimalukan.


Bagi aku dia tak layak digelar pendidik. Dia sepatutnya didik aku, bukan buli aku dalam kelas. Dia juga berpolitik dalam kelas (menyokong pembangkang). Yang paling tak boleh diterima akal, katanya kerja dengan kerajaan, gaji yang diterima ialah syubhah, sebab pelaburan negara terlibat dengan import eksport arak, rokok dan kasino di Genting Highland. Dah tu, kenapa kerja sebagai guru juga? Oh, kerja tu je yang dia lulus temuduga kot?


Betullah apa yang orang cakap, buli mental lagi teruk daripada fizikal.


Aku harap tiada mangsa lagi selepas aku.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan