Isnin, 31 Januari 2022

Baiknya Allah

Lebih kurang seminggu yang lepas, aku hampir update blog, tapi terganggu. Jadi aku lupa nak tulis sampai habis. 

Aku hadir interview hari tersebut. Bayangkan dah lebih 4 tahun tak kerja dan tak hadir mana² interview, tetiba aku buang tabiat apply position tu hanya kerana itu cita² aku masa kecil. Nampak je iklan tu aku terus teruja dan keluar pergi cop semua sijil dan terus pos permohonan. 

Aku tak taruh harapan tinggi, cuma dalam hati betul² rasa nak. Aku pun ingat mungkin ada harapan sebab siapa nak apply, sebab gaji atau lebih tepat elaun yang diberi sangat rendah. Kerja kedai makan lagi tinggi. At least dapat gaji basic yang disaran kerajaan. Kerja ni short beberapa ratus daripada saranan kerajaan. 

Hari tu, sebaik saja langkah kaki ke ruang menunggu, terkejut aku tengok ramai yang minta. Lelaki pun ada beberapa orang. Aku macam " la, kerja gaji rendah cam ni pun ramai yang apply?"

Terdetik dalam hati sepanjang menunggu giliran "memang takkan dapat. Siapa nak hire aku, aku ni dah la gemuk, tak cantik pula, eloklah bagi budak² muda lain yang cantik lagi langsing".Sepanjang perjalanan balik dan bersembang dengan mama di rumah, aku memang kata takde harapan. 

Selang 2 hari aku dapat panggilan telefon. Aku berjaya. Aku macam speechless. Sebab tak ready nak kerja. Baju kurung tak de. Sebab semua dah tak muat. Ye la, dulu masa kerja pun aku dah tak muat baju kurung. Tambah² la sekarang berat dah naik, inci dah bertambah. Itu yang aku risau. 

Terus aku menggelupur cari di online. Punya lama aku deal dengan budak tu, mesti dia ingat aku main², sebab dari petang sampai pukul 11mlm baru habis deal. Banyak aku tanya. Habis duit 500 ratus la juga. Jangan tak tau, baju orang gemuk ni mahal. 

Alhamdulillah, hari ni, dah sampai baju tu sebelum cuti umum esok dan lusa. Tulat kena pergi lapor diri. 

Baiknya Allah, dah dua kerjaya yang aku minat tercapai. Aku bukan warak pun. Allah masih bagi. Bagi aku merasa perasaan pegang jawatan tu. 

Kerjaya pada 2016 dulu, aku pernah terdetik bila jalan depan outlet kompeni tu. Aku cakap " ya allah, dapat kerja ni pun best juga" tak sangka memang aku dapat. Malah kompeni yang sama! Kerja seperti tu ada lebih kurang 4 companies di Malaysia, dan aku dapat kerja di kompeni tu! Masa interview, aku tak tau aku akan kerja di kompeni tu, sebab berhubung dengan ejen. Dan selepas setahun di kompeni tu, aku dapat jawatan yang pernah aku doa dulu. Allah sangat baik. 

Aku sayang kerja tu. Aku suka jumpa customers. Tapi malangnya kompeni tu tak sayang aku, jadi aku undur diri. Untuk kerja kali ni aku tak harap banyak. Aku tak letak harapan. Aku pun taraf kontrak saja. Jadi aku harap aku gembira selalu di tempat kerja. Macam mana aku gembira dikelilingi "mereka" semasa aku remaja dulu.