Rabu, 8 Disember 2021

Makan malam 12 sen

 Pagi tadi beria² aku masuk satu peraduan kuiz. Dengan harapan aku menang hadiah duit. Bolehlah aku beli sangkar kat kucing aku. Tapi aku jawapan aku banyak salah. 😭 Hadiah saguhati pun tak dapat. Sedih la juga..

Petang tu aku teringat la satu peraduan pizza yang aku join bulan Oktober. Aku tunggu ni dah lama. Tetiba dapat mesej depa dah emel baucar kat aku. 


Apa lagi, terus aku redeem. Dapat la makan pizza regular free. Sedap pula. Sebab aku amik yang creamy punya. Kalau ikutkan satu pizza tu harga RM 30++. Alhamdulillah, dapat makan percuma. 


Air pula aku tebus baucar shopeepay yang harga 12 sen tu.  😁





Khamis, 29 April 2021

Mimpi abah

 Aku selalu mimpi abah. 

Macam² keadaan. Malah masa abah baru saja meninggal aku mimpi lagi banyak, semua berkaitan abah masih belum mati dan ada kat hospital. Dan ada satu mimpi tu abah on the way balik dari hospital. Paling terkesan, mimpi abah dihospital, dan aku cium tangan dia. Tangan sejuk macam pagi² aku cium sebelum p kerja. Kalau ingat balik mmg bertakung air mata.. rindu nak cium tangan dan pipi abah macam selalu. 


Bila lama², aku dah tak mimpi abah di hospital dah.. aku mimpi abah kat rumah, aku mimpi abah buat macam² la. Ada satu mimpi, muka abah bersiri sangat, bersinar². Tu first time aku mimpi abah macam tu. Dalam tahun ni. Sepanjang 5 tahun ketiadaan abah, ni kali pertama rasanya. 

Semalam aku mimpi abah, abah bawa van tak silap. Left hand drive ok. πŸ˜†

Dalam mimpi tu, aku mimpi mama meninggal. So kami kalut² nak p kat mama. Baru aku sedar, yang abah pun dah meninggal sebenarnya. (Selalu begitu la, aku akan sedar "eh, abah bukan dah mati ke?"). Dikesempatan tu aku tanya, "Abah, abah ok ke kat sana?" 

Abah tak jawab, senyum ja.

Aku tanya lagi, "abah, abah dapat 'illiyin tak?"

Abah angguk. Mata aku dah bergenang (dalam mimpi). Ni tengah tulis pun mata tgh basah. 

Aku tanya lagi" tok wan ngn tok dapat tak abah" 

Abah tak jawab.

Tak sempat nak tanya banyak² kami dah sampai ke tempat mama, tau² mama tak jadi matiπŸ˜…πŸ˜… mama tetiba hidup balik. Aku rasa lega sangat. 

Habis takat tu ja.

Baru² ni aku mimpi tok tom.. selain mimpi abah, aku selalu juga mimpi tok tom. Kesian tok tom, dia takde anak. Tapi anak angkat yang dia ada ialah mama. Aku mimpi dekat rumah yang besar seumpama rumah mak , aku dah tutup  tingkap awal. Dia tanya tutup, "alia ke tutup tingkap, awal tutup?" Yang tu je aku ingat. Lain² dah terpadam memoriπŸ˜…

Aku pernah cerita kat mama, aku selalu mimpi abah. Mama kata dia tak pernah dapat mimpi. Aku pun tak tau kena aku senang sangat mimpi abah, walau kadang² mimpi tu mengarut. Mungkin deep down aku masih rindukan abah. 

Aku selalu doa kat abah. Moga abah dapat doa² tu.. 

Khamis, 11 Mac 2021

2021😱😱

Dah bulan Mac baru nak update. By the way, ada ke lagi yang blogging?? πŸ€ͺ


Tak pa la, saja aku blog sebab bosan. 


Aku la ni dok niaga online. Kiranya dah ada 2 kerja. Satu MLM. Satu lagi sales team PJJ.


MLM yang sah okπŸ˜‡


Networking business bak kata orang kampung πŸ˜†


Oh, aku bukan nak sembang pasal kerja aku. Aku nak sembang pasal tahun 2021!


Teringat satu perbualan dengan mama beberapa tahun yang lepas. Tak ingat aku dah sekolah menengah ke belum masa tu. Bare in mind, aku dah 32 tahun niπŸ˜– kiranya dah lebih kurang belasan tahun lepasπŸ˜†


Macam ni la lebih kurang perbualan kami:


Mama: Tahun 2020 nnt hang umur berapa?

Aku: (kira² sat) 31 mama

Mama: oh, muda lagi. Mama masa tu dah tua, ntah ada ka dak dah.


Perbualan ni berlaku lepas tgk Wawasan 2020, tak pasti ceramah kat tv ka gena ka, tapi mmg berkait dengan wawasan 2020 la. 


Dan sekarang, sekelip mata 2020 dah pun melabuhkan tirai. Kami berjaya survived, thru pandemic and all. Today, march 11 , 2021 dah.. 


Cepat betul masa. Keberkatan masa pun dah hilang, bayangkan, sehari berlalu, terasa cepat sangat. Tau² dah malam. Haishhh... 


Tau² dah seminggu, tau² dah sebulan. Tau² dah hujung tahun..


Tau² dah dalam kubur. Oppsss...πŸ˜…


Bulan lepas aku kemas bilik. Kaw² la juga, sebab kena alergik habuk lepas tuπŸ˜† 

Aku susun frame gambar atas rak. Pastu tgk sorang²; atok, nenek, nenek² saudara, abah.. depa semua dah ditutup buku amalan. Dah berada di alam barzakh. Rindu rasanya.. macam tak percaya depandah tak dak. Terasa segar momen² bersama depa dalam otak ni. Kalaulah aku boleh project keluar momen tu dari otak dan save macam hard disk kan best. 


Aku adalah tengok, baca diari beberapa tahun lepas punya. Pastu aku kira beberapa tahun abah akan meninggal dari tarikh tu.. rasa remuk juga la hati ni.. 


Apa² pun, salam israk wal mikhraj. Terima kasih rasulullah saw. Amik ibadah solat dari Allah. Semoga aku dapat syafaat dari mu.