Isnin, 12 November 2018

Adui...

Berat terkini selepas genap ber atkins 3 hari, 139.1kg. kah3


kenapa 3 hari je? sebab badan masuk angin. lewat makan. pastu lenguh sendi2 habis. ni pun dok sakit lagi. Adui la..


ni la sebab aku malas nak buat atkins. not the first time perut masuk angin. rasa dah 3-4 kali jadi cam ni masa buat atkins.  sebab bila buat  ja, perut automatik rasa tak lapar sangat. pastu makan lambat.


tak pe la, aku teruskan juga low carb ni esok, lusa. hari ni nak kena buka dulu. sakit wei..


tadi buka diet dengan roti dan sebiji donut tesco, terus kentut2. yg aku makan ayam 3 ketul, satu apa efek pun xde. kah3. sabar la hati. at least ada penurunan. berat sebelum dalam 142-143kg.


stay strong alia!!



Sekejap je masa

Tak lama lagi genap tarikh kematian abah. cepatnya masa berlalu. selalu ingat abah. semoga abah terpelihara dan tenang di sana.





Rabu, 15 Ogos 2018

Dah masuk bulan kemerdekaan

Amboi, lamanya tak tulis.

Bukan tak ingat, tapi tak ada mood nak buka blog.

Apa yang dah jadi pada bulan-bulan yang lepas??

Tulis yang penting-penting dah la, sebab bukan ingat sangat pun. HaHaHa

Mac 2018- Mama beli tablet, tapi akhirnya aku yang pakai. Kucing aku melahirkan 4 ekor anak kucing yang comel macam anak tikus. LOL

April 2018- Demam alergik. Hampir tak ingat, ni pun buka jurnal untuk tulis.

Mei 2018- Demam PRU 14. Mengundi buat kali ke 2. Beberapa hari sebelum mengundi, kaki terseliuh. Kucing aku beranak lagi. Dapat 3 ekor. Macam tak cukup bulan, tapi hidup semuanya.

Jun 2018- Seekor anak kucing mati, demam rasanya. Sayang nak tanam. Bulu cantik macam karpet.  Hari raya. Kak tie je yang tak balik kampung. hujung bulan start diet.

Julai 2018- Tablet mama rosak! Sampai sekarang (Ogos)tak bagitau kat mama. KihKihKih

Ogos 2018- Diet on off. Bernekad nak berniaga. Bateri kereta mati. Kucing aku dah umur setahun.


Oh, berat aku dalam lingkungan 142.5- 143kg.

Bila baca balik blog ni, pergh.. cam tak caya berat pernah cecah 150kg. tak pa la, harap akhir tahun ni dapat bawah 140kg. Amin.

Terima kasih Allah, Alhamdulillah. :)

Sabtu, 3 Februari 2018

Wildan-wildan syurga

Assalamualaikum.


Dah masuk bulan ke-2 , 2018. Mati-mati aku ingat ada buat post untuk bulan Januari.


So, beberapa hari ni aku asyik teringat pada seorang kawan lama.


Kawan ke? Mungkin kenalan lebih sesuai, sebab kami tak pernah sekepala ataupun bersembang baik-baik mahupun bermain bersama. Well, dia setahun tua daripada aku. Kami kenal semasa di kelas fardhu ain setiap pagi Jumaat di surau taman perumahan.


Arshad namanya.


Hari Jumaat tersebut, pada jam-jam terahir dia di atas muka bumi, kami ada bergaduh. Biasalah, budak-budak perempuan dengan lelaki mana pernah ngam. Dia nak kipas dinding hala pada dia saja, aku pula nak kipas hala pada aku. Mungkin lebih baik kalau kipas itu dibiarkan berpusing 180 darjah. Sekejap-sekejap kami bangun dan lawan tarik tali kipas. Nasib baik kipas tak jatuh. hahaha


Aku ingat lagi dia lukis mini teng-teng dengan kapur di atas meja, dan guna jari untuk 'lompat' ke dalam kotak-kotak tu. Nampak fokus je.


Beberapa jam selepas tu, abang aku balik daripada solat Jumaat dan bagitau dia meninggal, kemalangan depan masjid. Katanya dahi dia pecah sikit dan nampak tengkorak. Abang aku usik, katanya nanti hantu Arshad datang kat aku sebab bergaduh dengan dia masa kelas pagi tadi. Aku cuma mencebik kat abang aku. Tak de rasa sedih pula dia meninggal masa tu, sebabnya bagi aku, dia pergi ke syurga sebab mati sebelum baligh. Rasa macam dia sangat beruntung pula. Cuma terbayang, mesti mak ayah dia sangat sedih.


Beberapa minggu selepas itu, ada seorang kakak(ustazah) menggantikan ustaz, mengajar kami. Masa ambil kedatangan, nama Arshad dipanggil, kami semua kata dia dah mati. Dia tergelak. Bila tengok kami serius, baru dia tanya, "Korang serius ke ni?". Dia ingat kami main-main. Yela, budak-budak kan banyak bergurau. Teringat lagi betapa terkejutnya kakak tu. Air muka dia berubah.


Kalau aku berada di tempat kakak tersebut, aku pun akan terkejut dan sedih. Muda lagi, masih kanak-kanak. Banyak harapan yang mak ayah Arshad pertaruhkan ke atas dia. Anak sulung pula tu. Pemergian yang mengejut.


Sekarang Arshad dah jadi wildan di syurga. Kadang-kadang terbayang, mungkin dia ada bermain dengan mak cik- mak cik aku, sepupu-sepupu dan baby H di syurga. Kalau dia masih ada, dah berumur 30, tahun ni.


Bertuahlah ibu bapa yang ada wildan-wildan syurga, mereka akan menarik tangan ibu bapa dengan membawa air di pintu syurga kelak.


Salam takziah dan tahniah.