Isnin, 16 Februari 2015

Tiba-tiba...

...teringin sangat nak makan kuih sepit peanut butter. huhuhu


Rasanya sangat 'rich', berat dan sedap!Mula-mula makan memang tak sedap, aku siap kata tak mau makan dah sebab kena sekeping pun dah muak. Tapi, masa raya yang lepas, boleh dikatakan akulah yang menghabiskan sebalang kuih tu.


Terasa macam nak cheat tapi ingat nak diet sekurang-kurangnya 6 minggu walaupun bercadang nak buka diet pada 1 April.


Berat statik. Puncanya mungkin tiada senaman. Aku pula dijangkiti ruam. Berpeluh sikit pun dah gatal (alasan orang pemalas).


Serius, aku dah ada stamina yang lebih tinggi berbanding dahulu, berjalan pun dah laju sikit, berdiri lebih 2 jam tak jadi masalah. Aku harap aku terus tabah dalam menghadapi hari-hari yang mendatang dan berharap ruam ini hanyalah ruam panas dan bukan sebab-sebab yang lain. :) Cepatlah sembuh wahai ruam! :D

Jumaat, 13 Februari 2015

Keratosis pilaris

Diagnosis diri sendiri.


Mungkin genetik, mama pun ada.


Mula-mula jadi dekat kaki, tapi tak ambil kisah sangat. Bila jadi kat tangan, terus risau! hahahaha..




P/S-Dah tak cantik, mulus sudah tangan aku, terutamanya tangan kanan. :(

Selasa, 10 Februari 2015

Perkembangan Diet II

Tak banyak berat turun sejak mula berdiet balik. Tambahan pula datang bulan.


Tapi pinggang dah ada penurunan! Tadi saja je ukur, 44.5 inci!


Ya Allah, gembira tak terkata. Patutlah baju kurang rasa besar semacam dan sangat selesa dipakai.


Sebelum ini selalu tolak peluang untuk ke temuduga sebab baju kurung semua sempit-sempit. Mahu tidak, semuanya terbonjol. Malu aku. Pemakaian baju kurung sebenarnya untuk kelihatan sopan, tapi sebaliknya berlaku semasa berat aku hampir mencecah 140kg.


Pernah terlintas difikiran, semasa mengetahui berat aku hampir 140kg, 'Argh, lantaklah, malas dah aku nak diet. Aku memang akan macam ini selamanya.'


Alhamdulillah, aku berjaya istiqamah, dan sekarang berat aku 115.7kg. Sebelum ni ukur lilit pinggang aku hampir 50 inci.


Aku harap, aku terus membawa semangat ini buat selama-lamanya.  Amiin.



Isnin, 2 Februari 2015

Aku tau..

Aku tau,

kehidupan di alam maya kebanyakkannya palsu.


Aku tau,

banyak kajian menyatakan media sosial penyebab kemurungan.


Aku tau,

tak perlu untuk aku bandingkan kehidupan aku dengan mereka.


Aku tau,

tak patut untuk aku cemburu dengan kehidupan mereka yang sempurna itu.


Tapi,

kenyataan memang pahit,
tak semuanya baik,
contohnya kehidupan aku.