Isnin, 19 Ogos 2019

Tahun keramat

Tahun ni cukup la aku umur 30 tahun.


Cepatnya berlalu. Semalam aku terkenang memori lama, dan aku berharap aku boleh kembali pada masa dulu, hidup ulang kali pun tak pa. Aku janji takkan rasa jemu. Hahaha


Kehidupan yang sangat aku rindui ialah semasa alam sekolah menengah. Kenapa? Sebab semasa di sekolah menengahlah aku banyak belajar kehidupan, orang cakap baru nak matangkan? tapi tak ada la matang sangat pun, tapi aku suka otak aku masa tu. Aku sangat cepat tangkap berbanding sekolah rendah, terasa semua angan-anganku terasa dihujung jari, semuanya rasa senang.


Sekarang? Masa bergerak sangat pantas. Terasa sangat. tengoklah blog ni, terasa macam aku ada kemaskini untuk tahun 2019, tapi rupanya November tahun lepas.


Sebut pasal November, hari jadi aku kan jatuh pada bulan tersebut, ajaibnya, aku sudah tak perlukan sambutan hari jadi lagi bermula tahun lepas. Tak terasa pun. Sebenarnya aku rasa sangat muram pada tarikh tersebut. Rupanya, 2 hari selepas tu kucing aku mati 3 ekor dalam masa 4 hari. Patutlah aku sangat muram. Aku langsung lupa pasal orang sekeliling, aku asyik teringat kematian pada diri aku saja. Besar sangat rasanya, sampai aku tak ingat itu akan jadi pada orang/benda yang paling rapat dengan aku.


Ini kisah ringkas sahaja. Malas nak tulis secara terperinci.


Banyak benda berlaku tahun ni.


Mematangkan.


Mendewasakan.


Aku berdoa agar keluarga kami berubah ke arah kebaikan dan sentiasa dalam rahmat Allah.