Khamis, 11 Mac 2021

2021😱😱

Dah bulan Mac baru nak update. By the way, ada ke lagi yang blogging?? πŸ€ͺ


Tak pa la, saja aku blog sebab bosan. 


Aku la ni dok niaga online. Kiranya dah ada 2 kerja. Satu MLM. Satu lagi sales team PJJ.


MLM yang sah okπŸ˜‡


Networking business bak kata orang kampung πŸ˜†


Oh, aku bukan nak sembang pasal kerja aku. Aku nak sembang pasal tahun 2021!


Teringat satu perbualan dengan mama beberapa tahun yang lepas. Tak ingat aku dah sekolah menengah ke belum masa tu. Bare in mind, aku dah 32 tahun niπŸ˜– kiranya dah lebih kurang belasan tahun lepasπŸ˜†


Macam ni la lebih kurang perbualan kami:


Mama: Tahun 2020 nnt hang umur berapa?

Aku: (kira² sat) 31 mama

Mama: oh, muda lagi. Mama masa tu dah tua, ntah ada ka dak dah.


Perbualan ni berlaku lepas tgk Wawasan 2020, tak pasti ceramah kat tv ka gena ka, tapi mmg berkait dengan wawasan 2020 la. 


Dan sekarang, sekelip mata 2020 dah pun melabuhkan tirai. Kami berjaya survived, thru pandemic and all. Today, march 11 , 2021 dah.. 


Cepat betul masa. Keberkatan masa pun dah hilang, bayangkan, sehari berlalu, terasa cepat sangat. Tau² dah malam. Haishhh... 


Tau² dah seminggu, tau² dah sebulan. Tau² dah hujung tahun..


Tau² dah dalam kubur. Oppsss...πŸ˜…


Bulan lepas aku kemas bilik. Kaw² la juga, sebab kena alergik habuk lepas tuπŸ˜† 

Aku susun frame gambar atas rak. Pastu tgk sorang²; atok, nenek, nenek² saudara, abah.. depa semua dah ditutup buku amalan. Dah berada di alam barzakh. Rindu rasanya.. macam tak percaya depandah tak dak. Terasa segar momen² bersama depa dalam otak ni. Kalaulah aku boleh project keluar momen tu dari otak dan save macam hard disk kan best. 


Aku adalah tengok, baca diari beberapa tahun lepas punya. Pastu aku kira beberapa tahun abah akan meninggal dari tarikh tu.. rasa remuk juga la hati ni.. 


Apa² pun, salam israk wal mikhraj. Terima kasih rasulullah saw. Amik ibadah solat dari Allah. Semoga aku dapat syafaat dari mu.