Jumaat, 26 Februari 2016

Kehilangan..

Penutup tahun 2015 sangat tragik.


Aku dan keluarga kehilangan seseorang yang paling berharga, Abah,


Abah pergi sebelum sempat menjengah ke usia yang dipanggil warga emas. Malah, abah tak sempat pencen pun lagi. Seminggu saja lagi, abah. 


Rindu tak terkata.


Tiap-tiap hari, tanpa satu hari pun terlepas daripada mengenang abah.


Abah sakit lebih sebulan. Beberapa minggu sebelum masuk hospital, abah sudahpun lemah. Mungkin petanda ajalnya. Abah tak larat berjalan, pening.


Semasa abah diwadkan, tak pernah sehari pun aku terlepas melawat walaupun jauh, 


2 hari je aku tak melawat abah sebab kereta diguna adik beradik lain, balik kerja pun dah lewat malam, balik dengan bas. Dengar cerita, katanya abah makin sihat. Boleh melawak.


Mana tahu, ketentuan Illahi, selepas 2 hari tak melawat abah, aku terus bercadang untuk jaga abah selepas balik kerja. Pagi esoknya, pernafasan abah berhenti.


 Abah nampak tenat, tapi aku tak sedar. Aku tenangkan diri "Abah selalu macam tu,"


Tangan abah sejuk, kaki abah sejuk, tapi aku memujuk diri, "Abah selalu macam tu,"


Doktor cakap abah dah sakit teruk, panggillah semua datang ke hospital. Aku masih tersenyum, aku tahu abah kuat (dalam hati, kenapa nak jatuhkan harapan sanak keluarga, kenapa tak bagi kata-kata harapan. Aku terlupa bahawasanya dia adalah doktor, dia tahu rupa orang yang tenat).  Abah akan ok lepas ni macam dulu-dulu. Tak sikit pun rasa, yang abah akan pergi selama-lamanya.


Teringat percakapan abah,


"Abah dah macam lembu. Apa yang abah tak pernah rasa. Pisau, jarum. Jangan risau, abah dah biasa."



Dearest Abah,

Although we are apart but my heart will always be with you. 
Thank you for being a wonderful father.
Till we meet again.