Minggu ni anak saudara bertandang ke rumah.
Memang riuh habis.
Satu malam (malam pernikahan Zain dan Che Ta :D ), saya dan mereka (2 orang) main lukis-lukis atas papan putih masing-masing.
Seorang berumur 4 tahun dan seorang lagi berumur 3 tahun. Mereka menyuruh saya melukis pelbagai benda; ikan, semut, hantu pocong (!), Doraemon dan rumah.
Tipikal lukisan rumah; ada pintu, bumbung, tingkap, pasu bunga, dan orang lidi. Maka sesi pertanyaan pun bermula:
4 :Ni apa Chik Ya?
Saya : Bumbung....
4 :Ni rumah apa Chik Ya?
Saya : Rumah kecik...
4 :Awat kecik?
Saya :Tak nampak ke rumah ni kecik? Boleh masuk 3 orang ja. Mak dia, ayah dia dan budak ni.
3 : Ni apa Ya? (tunjuk kepada tingkap yang cuma nampak kepala orang lidi)
Saya :Kepala budak tu la.
3 : Dia buat apa ni?
Saya : Tunggu mak dan ayah dia balik dari kerja. (sibuk melukis lagi)
3 : Dia tak nangis ke?
Saya : ermm?
4 : Mana tok dia? (Mana nenek budak ni? dengan penuh prihatin)
Saya : ***gelak guling-guling..***
Betul kata pakar, kanak-kanak memang hebat dalam berimaginasi. Mereka menyoalkan perkara yang nampak remeh-temeh tapi perkara itulah yang kadang-kadang orang dewasa terlepas pandang dan anggap tak penting.
Sabtu, 14 Disember 2013
Jumaat, 13 Disember 2013
Terkilan dengan diri sendiri.
Hari Khamis yang lalu, pengalaman bekerja selepas graduasi bermula.
Tempat kerja sangat seronok. Tiap-tiap hari balik dengan mood positif. Tahukan, macam mana kita tau kita dalam mood positif? Bilamana dalam perjalanan pulang kita masih tersenyum, masih mampu sedekahkan senyuman pada orang di sekeliling, dan masih dalam mod bertegur sapa dengan orang yang tak dikenali. :)
Begitulah tiap-tiap hari. Tapi... oleh sebab kesihatan yang tak mengizinkan (obes), aku pun terpaksa berhenti. Dah tiga hari aku tak pergi kerja dan tiap-tiap hari juga aku terkenangkan rakan-rakan di sana.
Tak pernah seumur hidup aku, ada pengalaman yang segembira ini. Hatta di sekolah, universiti dan juga kerja-kerja sampingan dulu.
Sedih dengan keaadan diri sendiri, aku tekad untuk kuruskan badan dan selepas itu barulah cari karier tetap supaya kejadian seperti ini tak akan berlaku lagi.

Khamis, 5 Disember 2013
Cikgu ****
Terkesima sekejap selepas tengok Facebook seorang rakan sekolah rendah. Beliau rupanya seorang guru sekarang ni. MasyaAllah, tak sangka sungguh. Dulu bukan main nakal semasa sekolah, kena marah dengan guru-guru pun tak lut.. (senyum) Paling tak percaya ialah beliau merupakan pelajar yang beroleh 5A semasa UPSR dahulu. Bukan kawan-kawan sahaja yang terkejut, para guru lagilah terkejut dan bangga dengan pencapaian beliau.
Sekarang, mendidik anak bangsa. Sungguh mulia perkerjaan beliau. Semoga terus bersemangat dan berdedikasi dalam mengajar, Cikgu ****. :)
Isnin, 2 Disember 2013
2 Tahun yang Lalu
Hari Jumaat.
Pagi-pagi lagi dah bertolak dari Klang ke Institut Jantung Negara.
Abah menjalani pembedahan jantung. Coronary Bypass.
Semua risau dan sedih. Aku ponteng kuliah buat pertama kali bagi kelas Animal Physiology.
Teringat sebulan yang pertama abah melalui proses pemulihan. Dia seakan-akan putus asa kerana sakit yang ditanggung. Teringat dia kata yang boleh dikonklusikan sebagai 'sakit sangat'. Sedih dan kesian tengok dia dalam keadaan macam tu. Senyuman seperti terpaksa. Badan semakin kurus.
Selepas 2 bulan, abah semakin sihat. Alhamdulillah, abah dah pulih sepenuhnya dari pembedahan tersebut. Boleh dikatakan abah yang dulu (berisi) dah tak ada. (senyum)
Rindu pulak kat dia yang berisi dulu.

Sabtu, 30 November 2013
Selamat Hari Lahir
Genap 24 tahun diri ini, terasa masih keanak-anakan.
Macam biasa, tiada hadiah dan sambutan. Hanya beberapa ucapan dari emel.
Macam biasa, tiada hadiah dan sambutan. Hanya beberapa ucapan dari emel.
Selasa, 26 November 2013
Isnin, 25 November 2013
Pengenalan: Miss Lenovo
Miss Lenovo sakit pada 19 November 2013. Hari yang sama aku terima
ijazah dari Dato’ Sahol. o_0
Aku kesunyian.
Tidak sehingga hari Khamis baru jumpa kedai yang baik
hati memberi harga yang murah untuk format si dia. Mahal sungguh di KL! Tiba-tiba
rindu betul kepada Shah Alam.. Berada di bawah sayap sang malaikat.
Rahmat.
Hari Jumaat si dia dah pulih.. fuh.. Rindu tak terkata. Dalam fikiran
hanya terngiang-ngiang lagu ‘You Light Up My Life’.
Sememangnya Miss Lenovo
sahaja barang mewah yang pernah aku ada selain Toshiba-san yang diserang angin
ahmar pada 2011. Serangan keduanya membawa maut. Aku menyesal kerana membeli
mesin sokongan hayat yang separuh harga lagi murah daripada yang asli. Takkan
diulangi kesilapan ini.
Selain mereka, Abang Symphony ada berehat di Kedah,
menghidap penyakit artritis dan juga lemah jantung. Tak pasti sama ada ingin
menggantikannya atau tidak. Dia yang paling awal wujud dalam diri ini, April
2005.
Langgan:
Catatan (Atom)