Selasa, 27 Januari 2015

....

Tadi aku pergi temuduga di satu agensi.


Ada satu mamat ni, bila aku tengok dia semacam dah lama aku kenal dia. Dia ada iras-iras kawan aku masa diploma.


Aku perasan dia dah habis isi borang, aku dengan selambanya tanya dia, nak tekan loceng ke, sebab loceng tu kat sebelah aku saja.


Lepas aku cakap, baru aku perasan, 'Hey, aku tak kenal dia, kenapa aku bercakap dengan orang yang tak kenal ni?'


Alahai, rindunya kat kawan-kawan aku. Diaorang rindu aku ke tak ye?




Isnin, 26 Januari 2015

Wayang percuma

2 hari aku berkampung di NU Sentral. Wayang percuma punya pasal. 

Hari Sabtu, hari pertama dibuka kepada umum untuk wayang percuma. Aku sampai awal. 10.40 pagi. Tapi tiket hanya dapat diambil pada pukul 12.21 tengahhari! 


Bayangkan, aku beratur dari depan kaunter tiket, tawaf satu tingkat, baru dapat ambil tiket dekat kaunter. Nasib baik ada mak cik Cina ni asyik bersembang dengan aku. Aku ni pasif sikit kalau sembang dengan orang yang tak kenal. Tapi aku bersyukur ada juga orang nak bersembang dengan aku. Sedihnya, aku tak sempat nak tanya nama dia dan ucapkan selamat tinggal. Aku pilih tiket lama sangat, alih-alih dia dah tak ada.


Hari ke-2 , Ahad, semalam, aku nekad untuk bertolak lebih awal. Pukul 9 pagi dah bertolak, sampai dalam pukul 9.30 pagi. Kaunter tak buka pun lagi, Tu pun hampir sejam aku tunggu untuk dapat tiket. Kalau aku sampai pukul 10 pagi, memang aku kena tawaf satu tingkat lagi sekali. 


Hari Sabtu - Left Behind & Big Hero 6 (3D)
Hari Ahad - The Book og Life (3D), Interstellar, & The Maze Runner,



Yang bagusnya hari hujung minggu, caj parkir kereta ialah RM4. Tak kira berapa lama sekali pun aku kat sana. Sangat berbaloi.


Oh! Aku dah buka diet! Hari Sabtu. hahaha Cubaan untuk diet selama 2 bulan lebih tanpa cheat tidak berjaya, Walaubagaimanapun, aku berbangga sebab ianya satu kemajuan. Aku berjaya tahan untuk diet selama 7 minggu. 


Hari ini hari terakhir aku tak diet. Esok mula balik. Puas jugak dapat makan KFC, lokam, pisang, cheese tart, Pringles, Kit Kat, lasagna, nasi lemak, strawberi, Skittel, Yakult dan lain-lain. Lepas ni aku bercadang untuk diet selama 2 bulan dan buka diet selepas tu. 







Selasa, 20 Januari 2015

Semuanya dah dirancang dengan sempurna..

Berat sungguh rasa hati.


Berat sungguh nak belajar dan kerja di dalam bidang yang lain selain sains.



Sungguh, hati ini masih sayang dengan sains. Setiap kali tengok rencana berkaitan sains, aku tersenyum seorang diri. Rasa seronok sangat. Tak dapat digambarkan.



Sekarang, aku nak ubah haluan hidup tu.



Bagitahu aku, macam mana aku nak ubah semua tu, semua pengetahuan aku , jargon yang aku guna, minat yang dipupuk sejak kecil lagi. Macam mana?



Aku tahu aku boleh saja belajar benda baru. Tapi minat?



Demi masa depan, aku korbankan minat untuk hidup, kerana tak semua orang bertuah; dapat bekerja dalam bidang yang diminati.



Selamat tinggal sains.


Semoga berjaya, Alia.

Jumaat, 16 Januari 2015

Cepatlah...

Kadang-kadang rasa macam tak bersyukur pula..


Ye la, berat dah turun lebih 20kg, tapi aku masih nak berat turun cepat-cepat lagi.


Baru-baru ni , berat statik. Ini kali pertama berat aku statik sepanjang buat diet atkins. Hampir 2 minggu berat aku macam tu ja. Rasa macam nak buka diet pun ada. Tapi yang paling mengembirakan, ada penggurangan inci.Nasib baik pakai seluar lama tu (dah 2 tahun tak pakai) dah boleh butang.hahaha Rasa bersyukur sangat. Rasa semua pengorbanan yang aku buat selama ni terbalas.


Oh, aku buat Intermittent Fasting dan Atkins. Aku juga bersenam dengan program berjalan, sumber daripada video di Youtube. Aku juga merancang untuk buat Pilates. Teringin nak buat total body workout, tapi berat sangat badan ni, ada bahagian yang tak boleh buat. Jadi, aku tangguhkan ke hari aku dah mencapai berat 85kg.






Isnin, 12 Januari 2015

Demam Pinocchio

Pinocchio yang aku maksudkan ialah drama siri Korea bukan cerita dongeng klasik kanak-kanak tu. Seronok juga jalan cerita drama ni. Lain daripada yang pernah aku tengok dulu-dulu.


Tak sabar menunggu episod akan datang. Aku ingat nak tengok kat internet, tapi ada halangan pula. Tambahan pula, siri ni pun belum habis ditayangkan di Korea lagi. Ada lagi 3 episod.


Baru-baru ni, anak saudara aku ikut balik rumah. Seminggu juga dia tinggal sebilik dengan aku. Sekarang, sunyi pula dia tak ada. Kononnya nak bercuti kat Kuala Lumpur. Tapi dia pula tak sihat. Balik je dari bersiar-siar, malam tu menangis lenguh satu badan. Akhirnya, cuma dua tempat je yang kami pergi, Muzium Negara dan Planetarium.


Tak sempat nak pergi Pusat Sains Negara, Taman Rama-rama, Taman Botani di  Shah Alam, dan mandi kolam. Aku rasa, aku yang teruja lebih daripada anak saudara aku. Sampai ada satu malam, aku tak boleh tidur mengenangkan tempat yang aku nak pergi melawat keesokkan hari.hahahah


Sebelum balik, aku belikan Lego ciplak Hello Kitty kat dia. Adik dia pula nak magnet. Macam-macam hal. Abang ipar aku pun hairan kenapa anak dia nak magnet. Seronok pula tu dapat magnet. Aku rasa pendedahan tu penting. Bagi aku, si adik memang nampak bijak, aku harap dia kekal dengan sifat ingin tahu tu.


Masalah sembelit aku dah semakin elok. Jadinya,  rancangan aku untuk awalkan hari buka diet dibatalkan. Dan dibawa kepada hari yang dirancang sebelum ini. Cumanya, tak pasti sama ada 18 Febuari atau 22 Februari..


Dibawah adalah makanan hari buka diet..hahahaha. Harinya lambat lagi, ada sebulan lebih lagi, tapi dah dikumpul sedikit demi sedikit. Keropok dan Kit Kat tu aku curi dapat daripada anak saudara aku. :P

Mulanya satu je aku minta kat dia, tapi pada hari jadi dia baru-baru ni, aku dapat cekup lagi tiga dari mangkuk coklat.hahaha Walaupun dapat tengok je kek dan ayam goreng yang mereka makan, tapi puas hati sebab dapat tambah makanan di dalam stok simpanan aku. :D



25 Disember 2014 (Pringles Sour Cream, Super Ring, Roller Coaster, KitKat,
Double Decker Chicken Cracker, Maggie Royale Spicy Korean Beef, dan Nutella)

10 Januari 2015 (tambahan gula-gula Cola, KitKat (+3), asam boi, asam kulit limau)

P/S- Aku ingat nak lanjutkan hari buka diet kepada 2 hari, sebab makanan banyak sangat. Mana boleh habis sehari. Muahahahah (3 hari ?)


P/S 2- Nak beli kerepek ubi pedas, serbuk keju, peanut butter dan cadbury untuk disimpan dalam stok makanan.


P/S 3- Makanan yang akan dibeli pada hari buka diet ialah, KFC, cheese tart, strawberi, roti gardenia, dan kuih-muih.


P/S 4- Entah berapa kilo la berat badan aku akan naik lepas makan semua benda ni. heheheheh



Isnin, 5 Januari 2015

Macam pelik pula

Aku mula hantar resume balik. Tiba-tiba teringat, 'Eh, aku belum perbaharui berat badan aku!' :P


Memang rasa pelik sangat dulu berat aku sangat...erm...apa ye perkataannya... berat? Aku tak pernah hantar resume berat kurang daripada 120kg. hehehe


Beberapa bulan yang lalu, aku ada temuduga. Aku letak berat 130kg walaupun berat sebenar ialah 135kg. Sayangnya aku tak dapat kerja tu, mungkin sebab menipu kot..hahaha


Oh ya, berat terbaru aku ialah 118.8kg :)

Jumaat, 2 Januari 2015

Air Purifier

Aku dah ada sebuah air purifier, beli kat Courts Mammoth pada 26 Disember. Terima kasih mama. :)



Air purifier ini khas digunakan untuk balik ke kampung halaman sahaja.



Aku beli air purifier ni sebab bilik aku yg dulu sangatlah berhabuk (?). Mungkin juga sebab tak digunakan oleh sesiapa. Aliran udara sangat tak sihat. Sampaikan ada kucing mati pun tak tau. Sampai sekarang aku tak pasti aku ni alergik habuk ke kucing? Atau dua-dua sekali.  Sebab dalam bilik ni pun banyak perabot lama-lama, zaman 80-an punya.huhuhuhu



Dan dulu-dulu pun banyak kucing masuk keluar bilik ni, beranak pun ada. Kucing yang mati tu tak tahulah kucing siapa. Mungkin juga kucing tak bertuan yang masuk ikut tingkap bilik. Ngeri aku nak bersihkan. Jenuh pujuk diri sendiri supaya beranikan diri memungut semua tulang-temulang bangkai kucing tu. huhuhu



Buat masa sekarang memang tak ada tanda-tanda alergik langsung. Kecuali selepas bermain dengan Yeng (kucing). Bangun daripada tidur pun dah tak ada lagi tahi mata yg banyak (mata berair masa tidur) atau hidung tersumbat (cuma hidung kering sedikit) atau gatal dalam telinga.


Oh, aku beli jenama Panasonic, F-PXJ30A, RM449. Kalau kaya memang aku dah beli yang lebih bagus. Boleh tapis udara dalam bilik je (20m persegi).



Kalau dibandingkan dengan jenama lain  bagi harga yang sama, air purifier yang aku beli ini lebih bagus. Ala, bandingkan dengan jenama Sharp je pun. hehehe Sebab dua jenama ni je yang berada sekitar bajet aku. :P




P/S- Masih berdiet! Last timbang 31 Disember, 119.6kg. Jumlah berat yang turun ialah 20.2kg Aku tak pasti nak sambut hari jadi tahun hijriah ke tak, sebab lagi beberapa hari (4) selepas tu genap 5 bulan aku buat Diet Atkins. Aku ingat nak buka diet pada 22 Februari je. Apa-apa pun, tunggu dan lihat!