Isnin, 12 Januari 2015

Demam Pinocchio

Pinocchio yang aku maksudkan ialah drama siri Korea bukan cerita dongeng klasik kanak-kanak tu. Seronok juga jalan cerita drama ni. Lain daripada yang pernah aku tengok dulu-dulu.


Tak sabar menunggu episod akan datang. Aku ingat nak tengok kat internet, tapi ada halangan pula. Tambahan pula, siri ni pun belum habis ditayangkan di Korea lagi. Ada lagi 3 episod.


Baru-baru ni, anak saudara aku ikut balik rumah. Seminggu juga dia tinggal sebilik dengan aku. Sekarang, sunyi pula dia tak ada. Kononnya nak bercuti kat Kuala Lumpur. Tapi dia pula tak sihat. Balik je dari bersiar-siar, malam tu menangis lenguh satu badan. Akhirnya, cuma dua tempat je yang kami pergi, Muzium Negara dan Planetarium.


Tak sempat nak pergi Pusat Sains Negara, Taman Rama-rama, Taman Botani di  Shah Alam, dan mandi kolam. Aku rasa, aku yang teruja lebih daripada anak saudara aku. Sampai ada satu malam, aku tak boleh tidur mengenangkan tempat yang aku nak pergi melawat keesokkan hari.hahahah


Sebelum balik, aku belikan Lego ciplak Hello Kitty kat dia. Adik dia pula nak magnet. Macam-macam hal. Abang ipar aku pun hairan kenapa anak dia nak magnet. Seronok pula tu dapat magnet. Aku rasa pendedahan tu penting. Bagi aku, si adik memang nampak bijak, aku harap dia kekal dengan sifat ingin tahu tu.


Masalah sembelit aku dah semakin elok. Jadinya,  rancangan aku untuk awalkan hari buka diet dibatalkan. Dan dibawa kepada hari yang dirancang sebelum ini. Cumanya, tak pasti sama ada 18 Febuari atau 22 Februari..


Dibawah adalah makanan hari buka diet..hahahaha. Harinya lambat lagi, ada sebulan lebih lagi, tapi dah dikumpul sedikit demi sedikit. Keropok dan Kit Kat tu aku curi dapat daripada anak saudara aku. :P

Mulanya satu je aku minta kat dia, tapi pada hari jadi dia baru-baru ni, aku dapat cekup lagi tiga dari mangkuk coklat.hahaha Walaupun dapat tengok je kek dan ayam goreng yang mereka makan, tapi puas hati sebab dapat tambah makanan di dalam stok simpanan aku. :D



25 Disember 2014 (Pringles Sour Cream, Super Ring, Roller Coaster, KitKat,
Double Decker Chicken Cracker, Maggie Royale Spicy Korean Beef, dan Nutella)

10 Januari 2015 (tambahan gula-gula Cola, KitKat (+3), asam boi, asam kulit limau)

P/S- Aku ingat nak lanjutkan hari buka diet kepada 2 hari, sebab makanan banyak sangat. Mana boleh habis sehari. Muahahahah (3 hari ?)


P/S 2- Nak beli kerepek ubi pedas, serbuk keju, peanut butter dan cadbury untuk disimpan dalam stok makanan.


P/S 3- Makanan yang akan dibeli pada hari buka diet ialah, KFC, cheese tart, strawberi, roti gardenia, dan kuih-muih.


P/S 4- Entah berapa kilo la berat badan aku akan naik lepas makan semua benda ni. heheheheh



Tiada ulasan:

Catat Ulasan