Khamis, 29 April 2021

Mimpi abah

 Aku selalu mimpi abah. 

Macam² keadaan. Malah masa abah baru saja meninggal aku mimpi lagi banyak, semua berkaitan abah masih belum mati dan ada kat hospital. Dan ada satu mimpi tu abah on the way balik dari hospital. Paling terkesan, mimpi abah dihospital, dan aku cium tangan dia. Tangan sejuk macam pagi² aku cium sebelum p kerja. Kalau ingat balik mmg bertakung air mata.. rindu nak cium tangan dan pipi abah macam selalu. 


Bila lama², aku dah tak mimpi abah di hospital dah.. aku mimpi abah kat rumah, aku mimpi abah buat macam² la. Ada satu mimpi, muka abah bersiri sangat, bersinar². Tu first time aku mimpi abah macam tu. Dalam tahun ni. Sepanjang 5 tahun ketiadaan abah, ni kali pertama rasanya. 

Semalam aku mimpi abah, abah bawa van tak silap. Left hand drive ok. ๐Ÿ˜†

Dalam mimpi tu, aku mimpi mama meninggal. So kami kalut² nak p kat mama. Baru aku sedar, yang abah pun dah meninggal sebenarnya. (Selalu begitu la, aku akan sedar "eh, abah bukan dah mati ke?"). Dikesempatan tu aku tanya, "Abah, abah ok ke kat sana?" 

Abah tak jawab, senyum ja.

Aku tanya lagi, "abah, abah dapat 'illiyin tak?"

Abah angguk. Mata aku dah bergenang (dalam mimpi). Ni tengah tulis pun mata tgh basah. 

Aku tanya lagi" tok wan ngn tok dapat tak abah" 

Abah tak jawab.

Tak sempat nak tanya banyak² kami dah sampai ke tempat mama, tau² mama tak jadi mati๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… mama tetiba hidup balik. Aku rasa lega sangat. 

Habis takat tu ja.

Baru² ni aku mimpi tok tom.. selain mimpi abah, aku selalu juga mimpi tok tom. Kesian tok tom, dia takde anak. Tapi anak angkat yang dia ada ialah mama. Aku mimpi dekat rumah yang besar seumpama rumah mak , aku dah tutup  tingkap awal. Dia tanya tutup, "alia ke tutup tingkap, awal tutup?" Yang tu je aku ingat. Lain² dah terpadam memori๐Ÿ˜…

Aku pernah cerita kat mama, aku selalu mimpi abah. Mama kata dia tak pernah dapat mimpi. Aku pun tak tau kena aku senang sangat mimpi abah, walau kadang² mimpi tu mengarut. Mungkin deep down aku masih rindukan abah. 

Aku selalu doa kat abah. Moga abah dapat doa² tu..