Isnin, 9 Oktober 2017

Setakat ini 1.0

Sebulan yang lepas, aku ada update yang berat aku telah pun mencecah 152kg. Ada sekali, berat aku setinggi 154kg gara-gara water retention daripada period.


Sekarang berat aku lingkungan 148kg. Aku berjaya kurangkan 4kg daripada bulan lepas.


Aduh, masih banyak lagi kena kurangkan berat.


Aku buat diet puasa. Hanya minum air selama 24 jam. Paling lama aku buat ialah 72 jam / 3 hari tak makan, cuma minum saja.


Tak kebuluran langsung, cuma kadang-kadang rasa lapar, tapi lepas tu dah ok balik. Mulanya nak buat 28 hari, tapi masuk hari ketiga aku dah pening, kaki dah kejang, mungkin sebab kurang garam. Aku pun apa lagi, terus 'buka' puasa. Sepatutnya aku kena minum juga air garam. Berat masa tu turun sampai 146kg.


Masa tu, kaki aku langsung tiada edema. Air kencing putih, rasa ringan je badan. Nak tidur pun tak boleh, sebab terlampau banyak tenaga. Tidur cuma 4-6 jam saja.


Bayangkan, tengah puasa, tapi tidur cuma sekejap, masa berlalu seakan perlahan. Dah la tiada benda boleh dibuat, sampai naik bosan aku membaca, main game, tengok movie. Banyak betul pula masa. Sebelum ni mesti masak at least 1 jam didapur dan lebih kurang 30 minit kemas dapur.


Nak buka puasa ni mesti betul. Mulakan dengan jus buah atau sayur. Takut nanti sakit perut. Tak boleh terus makan benda pepejal macam nasi, ayam, mee dan lain-lain.


Mesti makan kurang. Perlahan-lahan naikkan nilai kalori, supaya tak naik berat badan secara mendadak. Sebab badan dah biasa berada dalam keadaan low metabolism.



Sekarang aku dah tak nak buat kot puasa lama-lama. Takut sebenarnya. Takut kena cardiac arrest. Hahaha


Aku cuma buat puasa 24 jam 2-3 kali seminggu. Cukuplah yang tu.


Low-carb diet? Aku dah tak terdaya nak ikut diet plan tu. Sebab aku suka sangat carb. Aku akan sedaya upaya kurangkan carb dalam diet harian terutamanya gula putih.


Antara sebab aku pilih diet puasa:

1) Nak kuatkan daya tahan lapar (bersedia untuk kedatangan dajal laknatullah  keh keh keh )

2) Nak banyakkan minum air (sebelum ni aku kurang minum air)

3) Mudah. Tak perlu ada makanan istimewa. Cuma air kosong sahaja diperlukan.

4) Lepas habis puasa, boleh makan macam orang normal, tak ada restriction makanan. Boleh makan nasi, kfc dan sebagainya. (Again, portion kena kawal).


Ni pun aku baru sahaja lepas puasa semalam, esok ingat nak sambung puasa ;)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan