Jumaat, 20 Oktober 2017

Ya! Bye-bye

Ungkapan tu ringkas ja.


Tapi buat aku rindu sangat si pemilik suara serak basah, high pitch tu.


Tahun ni, beberapa hari lagi genaplah dia berumur 3 tahun.


Rindunya kat budak tu. Dia might be my last niece. Eh, lupa pula, adik aku tak kahwin lagi. hahaha


Dia yang buat bulan-bulan terakhir aku dengan abah, jadi bermakna. Itu je modal sembang kami dalam kereta.


Sampaikan, bila mak dia melahirkan baby baru, aku terdetik dalam hati, kalaulah apa-apa terjadi,I call dip on her. hahaha


Astaga, jahat betul aku.



Rabu, 11 Oktober 2017

Viral

Viral dalam kamus aku ada dua ja.


 Jangkitan viral, iaitu seperti demam selsema , lagi satu ialah tular (famous dalam alam maya).


Viral yang aku akan cerita ini ialah jenis yang kedua.


Aku pernah tulis satu artikel kat page yang agak popular. Of course la sebagai anonymous ( tak dikenali). Tak ku sangka, tulisan aku yang ringkas dan tak detail tu jadi viral!


Penulisan aku tentang financial. Lebih kepada menceritakan pengalaman diri kepada skop yang kecil; iaitu budak-budak masih belajar, baru habis belajar dan bujang. Artikel aku dalam page tersebut hanya dapat sambutan sederhana, tak sampai 1000 likes pun di page berkenaan. Komen-komen semuanya positif. Ada yang suruh aku update selepas setahun (kalau ikutkan tahun ni la, sebab artikel tu ditulis pada 2016)


Entah macam mana, ada satu page yang sangat popular, cetak rompak artikel berkenaan.


Wow,.. berkandaq aku kena maki hamun sebab katanya artikel aku tak masuk akal dan mustahil oleh followers page berkenaan.


99% negatif.


Reaksi aku?


Tentu sekali kalau diikutkan hati, nak je aku balas satu-satu semua komen yang negatif tu. Tujuannya hanya satu, untuk pencerahan. Tapi aku sedar,aku tak mampu. Masakan aku nak dedah identiti aku kat umum.


Apa yang aku boleh buat ialah take a deep breath, baca ratusan komen tersebut dan keep moving forward. Bila terserempak komen yang positif atau menyokong, hati aku terubat sikit. :)


Tiba-tiba, hari ni , mungkin dah genap setahun sejak aku post artikel berkenaan, page yg cetak rompak tu naikkan artikel itu sekali lagi.


Dan, untuk kesekian kalinya, aku dimaki hamun lagi.


Apa yang boleh aku buat cuma frown up dan keep moving forward. :)



Isnin, 9 Oktober 2017

Setakat ini 1.0

Sebulan yang lepas, aku ada update yang berat aku telah pun mencecah 152kg. Ada sekali, berat aku setinggi 154kg gara-gara water retention daripada period.


Sekarang berat aku lingkungan 148kg. Aku berjaya kurangkan 4kg daripada bulan lepas.


Aduh, masih banyak lagi kena kurangkan berat.


Aku buat diet puasa. Hanya minum air selama 24 jam. Paling lama aku buat ialah 72 jam / 3 hari tak makan, cuma minum saja.


Tak kebuluran langsung, cuma kadang-kadang rasa lapar, tapi lepas tu dah ok balik. Mulanya nak buat 28 hari, tapi masuk hari ketiga aku dah pening, kaki dah kejang, mungkin sebab kurang garam. Aku pun apa lagi, terus 'buka' puasa. Sepatutnya aku kena minum juga air garam. Berat masa tu turun sampai 146kg.


Masa tu, kaki aku langsung tiada edema. Air kencing putih, rasa ringan je badan. Nak tidur pun tak boleh, sebab terlampau banyak tenaga. Tidur cuma 4-6 jam saja.


Bayangkan, tengah puasa, tapi tidur cuma sekejap, masa berlalu seakan perlahan. Dah la tiada benda boleh dibuat, sampai naik bosan aku membaca, main game, tengok movie. Banyak betul pula masa. Sebelum ni mesti masak at least 1 jam didapur dan lebih kurang 30 minit kemas dapur.


Nak buka puasa ni mesti betul. Mulakan dengan jus buah atau sayur. Takut nanti sakit perut. Tak boleh terus makan benda pepejal macam nasi, ayam, mee dan lain-lain.


Mesti makan kurang. Perlahan-lahan naikkan nilai kalori, supaya tak naik berat badan secara mendadak. Sebab badan dah biasa berada dalam keadaan low metabolism.



Sekarang aku dah tak nak buat kot puasa lama-lama. Takut sebenarnya. Takut kena cardiac arrest. Hahaha


Aku cuma buat puasa 24 jam 2-3 kali seminggu. Cukuplah yang tu.


Low-carb diet? Aku dah tak terdaya nak ikut diet plan tu. Sebab aku suka sangat carb. Aku akan sedaya upaya kurangkan carb dalam diet harian terutamanya gula putih.


Antara sebab aku pilih diet puasa:

1) Nak kuatkan daya tahan lapar (bersedia untuk kedatangan dajal laknatullah  keh keh keh )

2) Nak banyakkan minum air (sebelum ni aku kurang minum air)

3) Mudah. Tak perlu ada makanan istimewa. Cuma air kosong sahaja diperlukan.

4) Lepas habis puasa, boleh makan macam orang normal, tak ada restriction makanan. Boleh makan nasi, kfc dan sebagainya. (Again, portion kena kawal).


Ni pun aku baru sahaja lepas puasa semalam, esok ingat nak sambung puasa ;)





Khamis, 28 September 2017

Minta Pertolongan

Semoga  Allah memberkati usaha dan menolong aku dalam urusan ini.

Semoga aku kuat-kuat saja.

Tolong , bantu aku ya Rabb.



Selasa, 5 September 2017

Rebound!

Berat naik balik..

Kali ni 152kg!

Macam tak percaya aku dah seberat ni.

Kena cuba diet puasa la. Diet low carb dah tak sanggup buat. Dah tua-tua ni, selera makan makin pelik. Dulu aku bukan suka sangat jajan ni, tetiba sekarang boleh pula nak jajan.

Nak cuba diet puasa hari ni, 24 jam hanya air. Lepas tu boleh makan macam biasa, cuma kena kawal. Nak cuba buat selama sebulan.

 Target, 2 kali puasa dalam seminggu. Nak kurangkan gula dan gorengan.

Jadi, sebulan puasa 8 hari.

Tunggu dan lihat.

Apa-apa nanti, aku update. :)

Sabtu, 2 September 2017

Memori Pertama

Orang cakap memori pertama selalunya daripada pengalaman yang kita tak dapat lupakan seperti jatuh basikal, sambut hari lahir, dan ketakutan.

Aku tak ingat yang mana satu memori pertama aku. Tapi yang aku pasti, memori pertama aku ialah semasa masih berada di Kuala Lumpur, sebelum pindah ke Perlis. Umur mungkin lingkungan 3 tahun. (aku masuk tadika semasa umur 4 tahun di Perlis).


Ada 4 sebenarnya:

1) Turun tangga sebelah malam, nampak cahaya bulan yang sangat cerah. Seriously, kenapa aku boleh ingat kejadian ni? Bukannya ada apa-apa yang istimewa pun.

2) Dapat hadiah dari abah, patung ultraman dan raksasa. Birthday kot. Abang pun dapat sebab jarak birthday tak sampai sebulan.

3) Tengok abang aku naik basikal yang sederhana besar dengan kagum sebab dia cuma tua setahun je dari aku. Basikal tanpa tayar 3.

4) Makan keropok super ring dengan abang dan jiran. Terpisah dengan pagar. Tapi masih enjoy makan dan bersosial. ^_^



Apa memori pertama kalian?

Boleh kongsi di ruangan komen! :)

Jumaat, 26 Februari 2016

Kehilangan..

Penutup tahun 2015 sangat tragik.


Aku dan keluarga kehilangan seseorang yang paling berharga, Abah,


Abah pergi sebelum sempat menjengah ke usia yang dipanggil warga emas. Malah, abah tak sempat pencen pun lagi. Seminggu saja lagi, abah. 


Rindu tak terkata.


Tiap-tiap hari, tanpa satu hari pun terlepas daripada mengenang abah.


Abah sakit lebih sebulan. Beberapa minggu sebelum masuk hospital, abah sudahpun lemah. Mungkin petanda ajalnya. Abah tak larat berjalan, pening.


Semasa abah diwadkan, tak pernah sehari pun aku terlepas melawat walaupun jauh, 


2 hari je aku tak melawat abah sebab kereta diguna adik beradik lain, balik kerja pun dah lewat malam, balik dengan bas. Dengar cerita, katanya abah makin sihat. Boleh melawak.


Mana tahu, ketentuan Illahi, selepas 2 hari tak melawat abah, aku terus bercadang untuk jaga abah selepas balik kerja. Pagi esoknya, pernafasan abah berhenti.


 Abah nampak tenat, tapi aku tak sedar. Aku tenangkan diri "Abah selalu macam tu,"


Tangan abah sejuk, kaki abah sejuk, tapi aku memujuk diri, "Abah selalu macam tu,"


Doktor cakap abah dah sakit teruk, panggillah semua datang ke hospital. Aku masih tersenyum, aku tahu abah kuat (dalam hati, kenapa nak jatuhkan harapan sanak keluarga, kenapa tak bagi kata-kata harapan. Aku terlupa bahawasanya dia adalah doktor, dia tahu rupa orang yang tenat).  Abah akan ok lepas ni macam dulu-dulu. Tak sikit pun rasa, yang abah akan pergi selama-lamanya.


Teringat percakapan abah,


"Abah dah macam lembu. Apa yang abah tak pernah rasa. Pisau, jarum. Jangan risau, abah dah biasa."



Dearest Abah,

Although we are apart but my heart will always be with you. 
Thank you for being a wonderful father.
Till we meet again.