Ahad, 26 Julai 2015

Dah kerja!

Lamanya tak update.

Aku dah kerja sekarang ni. Kerja kuli-kuli je,

Alhamdulillah, memang rasa selesa sangat kat tempat kerja tu. Semuanya mudah,


  • kawan-kawan semua baik
  • bos, team leaders semua baik
  • kondusi kerja yang baik


Senang cakap. semuanya baik-baik belaka. Sampaikan aku jadi sangat selesa dengan keadaan sekarang.

Sepatutnya kerja ni jadi batu loncatan untuk aku cari kerja yang lebih menjamin masa depan, tapi kerana terlalu selesa, aku rasa malas nak cari kerja lain. hahahaha

Aku membina bajet yang sangat ketat keatas diri aku. Sebabnya aku menyimpan RM 1000 sebulan. Baki selebihnya aku belanja untuk keperluan diri dan adalah beri sedikit kat mama dan abah. Aku pun tak pasti nak buat apa dengan duit tu lagi. Mulanya sebab nak beli motosikal secara tunai, sebab aku tak suka berhutang secara riba'. Pastu terfikir pula nak pinjam duit mama je dahulukan duit motosikal tu, nanti akan bayar kat mama RM 500 sebulan. 


Kemudian teringin nak melabur dan macam-macam lagi.


P/S- Bulan Ogos ni, genaplah 5 bulan aku bekerja. :)



Isnin, 16 Februari 2015

Tiba-tiba...

...teringin sangat nak makan kuih sepit peanut butter. huhuhu


Rasanya sangat 'rich', berat dan sedap!Mula-mula makan memang tak sedap, aku siap kata tak mau makan dah sebab kena sekeping pun dah muak. Tapi, masa raya yang lepas, boleh dikatakan akulah yang menghabiskan sebalang kuih tu.


Terasa macam nak cheat tapi ingat nak diet sekurang-kurangnya 6 minggu walaupun bercadang nak buka diet pada 1 April.


Berat statik. Puncanya mungkin tiada senaman. Aku pula dijangkiti ruam. Berpeluh sikit pun dah gatal (alasan orang pemalas).


Serius, aku dah ada stamina yang lebih tinggi berbanding dahulu, berjalan pun dah laju sikit, berdiri lebih 2 jam tak jadi masalah. Aku harap aku terus tabah dalam menghadapi hari-hari yang mendatang dan berharap ruam ini hanyalah ruam panas dan bukan sebab-sebab yang lain. :) Cepatlah sembuh wahai ruam! :D

Jumaat, 13 Februari 2015

Keratosis pilaris

Diagnosis diri sendiri.


Mungkin genetik, mama pun ada.


Mula-mula jadi dekat kaki, tapi tak ambil kisah sangat. Bila jadi kat tangan, terus risau! hahahaha..




P/S-Dah tak cantik, mulus sudah tangan aku, terutamanya tangan kanan. :(

Selasa, 10 Februari 2015

Perkembangan Diet II

Tak banyak berat turun sejak mula berdiet balik. Tambahan pula datang bulan.


Tapi pinggang dah ada penurunan! Tadi saja je ukur, 44.5 inci!


Ya Allah, gembira tak terkata. Patutlah baju kurang rasa besar semacam dan sangat selesa dipakai.


Sebelum ini selalu tolak peluang untuk ke temuduga sebab baju kurung semua sempit-sempit. Mahu tidak, semuanya terbonjol. Malu aku. Pemakaian baju kurung sebenarnya untuk kelihatan sopan, tapi sebaliknya berlaku semasa berat aku hampir mencecah 140kg.


Pernah terlintas difikiran, semasa mengetahui berat aku hampir 140kg, 'Argh, lantaklah, malas dah aku nak diet. Aku memang akan macam ini selamanya.'


Alhamdulillah, aku berjaya istiqamah, dan sekarang berat aku 115.7kg. Sebelum ni ukur lilit pinggang aku hampir 50 inci.


Aku harap, aku terus membawa semangat ini buat selama-lamanya.  Amiin.



Isnin, 2 Februari 2015

Aku tau..

Aku tau,

kehidupan di alam maya kebanyakkannya palsu.


Aku tau,

banyak kajian menyatakan media sosial penyebab kemurungan.


Aku tau,

tak perlu untuk aku bandingkan kehidupan aku dengan mereka.


Aku tau,

tak patut untuk aku cemburu dengan kehidupan mereka yang sempurna itu.


Tapi,

kenyataan memang pahit,
tak semuanya baik,
contohnya kehidupan aku.


Selasa, 27 Januari 2015

....

Tadi aku pergi temuduga di satu agensi.


Ada satu mamat ni, bila aku tengok dia semacam dah lama aku kenal dia. Dia ada iras-iras kawan aku masa diploma.


Aku perasan dia dah habis isi borang, aku dengan selambanya tanya dia, nak tekan loceng ke, sebab loceng tu kat sebelah aku saja.


Lepas aku cakap, baru aku perasan, 'Hey, aku tak kenal dia, kenapa aku bercakap dengan orang yang tak kenal ni?'


Alahai, rindunya kat kawan-kawan aku. Diaorang rindu aku ke tak ye?




Isnin, 26 Januari 2015

Wayang percuma

2 hari aku berkampung di NU Sentral. Wayang percuma punya pasal. 

Hari Sabtu, hari pertama dibuka kepada umum untuk wayang percuma. Aku sampai awal. 10.40 pagi. Tapi tiket hanya dapat diambil pada pukul 12.21 tengahhari! 


Bayangkan, aku beratur dari depan kaunter tiket, tawaf satu tingkat, baru dapat ambil tiket dekat kaunter. Nasib baik ada mak cik Cina ni asyik bersembang dengan aku. Aku ni pasif sikit kalau sembang dengan orang yang tak kenal. Tapi aku bersyukur ada juga orang nak bersembang dengan aku. Sedihnya, aku tak sempat nak tanya nama dia dan ucapkan selamat tinggal. Aku pilih tiket lama sangat, alih-alih dia dah tak ada.


Hari ke-2 , Ahad, semalam, aku nekad untuk bertolak lebih awal. Pukul 9 pagi dah bertolak, sampai dalam pukul 9.30 pagi. Kaunter tak buka pun lagi, Tu pun hampir sejam aku tunggu untuk dapat tiket. Kalau aku sampai pukul 10 pagi, memang aku kena tawaf satu tingkat lagi sekali. 


Hari Sabtu - Left Behind & Big Hero 6 (3D)
Hari Ahad - The Book og Life (3D), Interstellar, & The Maze Runner,



Yang bagusnya hari hujung minggu, caj parkir kereta ialah RM4. Tak kira berapa lama sekali pun aku kat sana. Sangat berbaloi.


Oh! Aku dah buka diet! Hari Sabtu. hahaha Cubaan untuk diet selama 2 bulan lebih tanpa cheat tidak berjaya, Walaubagaimanapun, aku berbangga sebab ianya satu kemajuan. Aku berjaya tahan untuk diet selama 7 minggu. 


Hari ini hari terakhir aku tak diet. Esok mula balik. Puas jugak dapat makan KFC, lokam, pisang, cheese tart, Pringles, Kit Kat, lasagna, nasi lemak, strawberi, Skittel, Yakult dan lain-lain. Lepas ni aku bercadang untuk diet selama 2 bulan dan buka diet selepas tu.