Sabtu, 2 September 2017

Memori Pertama

Orang cakap memori pertama selalunya daripada pengalaman yang kita tak dapat lupakan seperti jatuh basikal, sambut hari lahir, dan ketakutan.

Aku tak ingat yang mana satu memori pertama aku. Tapi yang aku pasti, memori pertama aku ialah semasa masih berada di Kuala Lumpur, sebelum pindah ke Perlis. Umur mungkin lingkungan 3 tahun. (aku masuk tadika semasa umur 4 tahun di Perlis).


Ada 4 sebenarnya:

1) Turun tangga sebelah malam, nampak cahaya bulan yang sangat cerah. Seriously, kenapa aku boleh ingat kejadian ni? Bukannya ada apa-apa yang istimewa pun.

2) Dapat hadiah dari abah, patung ultraman dan raksasa. Birthday kot. Abang pun dapat sebab jarak birthday tak sampai sebulan.

3) Tengok abang aku naik basikal yang sederhana besar dengan kagum sebab dia cuma tua setahun je dari aku. Basikal tanpa tayar 3.

4) Makan keropok super ring dengan abang dan jiran. Terpisah dengan pagar. Tapi masih enjoy makan dan bersosial. ^_^



Apa memori pertama kalian?

Boleh kongsi di ruangan komen! :)

Jumaat, 26 Februari 2016

Kehilangan..

Penutup tahun 2015 sangat tragik.


Aku dan keluarga kehilangan seseorang yang paling berharga, Abah,


Abah pergi sebelum sempat menjengah ke usia yang dipanggil warga emas. Malah, abah tak sempat pencen pun lagi. Seminggu saja lagi, abah. 


Rindu tak terkata.


Tiap-tiap hari, tanpa satu hari pun terlepas daripada mengenang abah.


Abah sakit lebih sebulan. Beberapa minggu sebelum masuk hospital, abah sudahpun lemah. Mungkin petanda ajalnya. Abah tak larat berjalan, pening.


Semasa abah diwadkan, tak pernah sehari pun aku terlepas melawat walaupun jauh, 


2 hari je aku tak melawat abah sebab kereta diguna adik beradik lain, balik kerja pun dah lewat malam, balik dengan bas. Dengar cerita, katanya abah makin sihat. Boleh melawak.


Mana tahu, ketentuan Illahi, selepas 2 hari tak melawat abah, aku terus bercadang untuk jaga abah selepas balik kerja. Pagi esoknya, pernafasan abah berhenti.


 Abah nampak tenat, tapi aku tak sedar. Aku tenangkan diri "Abah selalu macam tu,"


Tangan abah sejuk, kaki abah sejuk, tapi aku memujuk diri, "Abah selalu macam tu,"


Doktor cakap abah dah sakit teruk, panggillah semua datang ke hospital. Aku masih tersenyum, aku tahu abah kuat (dalam hati, kenapa nak jatuhkan harapan sanak keluarga, kenapa tak bagi kata-kata harapan. Aku terlupa bahawasanya dia adalah doktor, dia tahu rupa orang yang tenat).  Abah akan ok lepas ni macam dulu-dulu. Tak sikit pun rasa, yang abah akan pergi selama-lamanya.


Teringat percakapan abah,


"Abah dah macam lembu. Apa yang abah tak pernah rasa. Pisau, jarum. Jangan risau, abah dah biasa."



Dearest Abah,

Although we are apart but my heart will always be with you. 
Thank you for being a wonderful father.
Till we meet again.








Ahad, 26 Julai 2015

Dah kerja!

Lamanya tak update.

Aku dah kerja sekarang ni. Kerja kuli-kuli je,

Alhamdulillah, memang rasa selesa sangat kat tempat kerja tu. Semuanya mudah,


  • kawan-kawan semua baik
  • bos, team leaders semua baik
  • kondusi kerja yang baik


Senang cakap. semuanya baik-baik belaka. Sampaikan aku jadi sangat selesa dengan keadaan sekarang.

Sepatutnya kerja ni jadi batu loncatan untuk aku cari kerja yang lebih menjamin masa depan, tapi kerana terlalu selesa, aku rasa malas nak cari kerja lain. hahahaha

Aku membina bajet yang sangat ketat keatas diri aku. Sebabnya aku menyimpan RM 1000 sebulan. Baki selebihnya aku belanja untuk keperluan diri dan adalah beri sedikit kat mama dan abah. Aku pun tak pasti nak buat apa dengan duit tu lagi. Mulanya sebab nak beli motosikal secara tunai, sebab aku tak suka berhutang secara riba'. Pastu terfikir pula nak pinjam duit mama je dahulukan duit motosikal tu, nanti akan bayar kat mama RM 500 sebulan. 


Kemudian teringin nak melabur dan macam-macam lagi.


P/S- Bulan Ogos ni, genaplah 5 bulan aku bekerja. :)



Isnin, 16 Februari 2015

Tiba-tiba...

...teringin sangat nak makan kuih sepit peanut butter. huhuhu


Rasanya sangat 'rich', berat dan sedap!Mula-mula makan memang tak sedap, aku siap kata tak mau makan dah sebab kena sekeping pun dah muak. Tapi, masa raya yang lepas, boleh dikatakan akulah yang menghabiskan sebalang kuih tu.


Terasa macam nak cheat tapi ingat nak diet sekurang-kurangnya 6 minggu walaupun bercadang nak buka diet pada 1 April.


Berat statik. Puncanya mungkin tiada senaman. Aku pula dijangkiti ruam. Berpeluh sikit pun dah gatal (alasan orang pemalas).


Serius, aku dah ada stamina yang lebih tinggi berbanding dahulu, berjalan pun dah laju sikit, berdiri lebih 2 jam tak jadi masalah. Aku harap aku terus tabah dalam menghadapi hari-hari yang mendatang dan berharap ruam ini hanyalah ruam panas dan bukan sebab-sebab yang lain. :) Cepatlah sembuh wahai ruam! :D

Jumaat, 13 Februari 2015

Keratosis pilaris

Diagnosis diri sendiri.


Mungkin genetik, mama pun ada.


Mula-mula jadi dekat kaki, tapi tak ambil kisah sangat. Bila jadi kat tangan, terus risau! hahahaha..




P/S-Dah tak cantik, mulus sudah tangan aku, terutamanya tangan kanan. :(

Selasa, 10 Februari 2015

Perkembangan Diet II

Tak banyak berat turun sejak mula berdiet balik. Tambahan pula datang bulan.


Tapi pinggang dah ada penurunan! Tadi saja je ukur, 44.5 inci!


Ya Allah, gembira tak terkata. Patutlah baju kurang rasa besar semacam dan sangat selesa dipakai.


Sebelum ini selalu tolak peluang untuk ke temuduga sebab baju kurung semua sempit-sempit. Mahu tidak, semuanya terbonjol. Malu aku. Pemakaian baju kurung sebenarnya untuk kelihatan sopan, tapi sebaliknya berlaku semasa berat aku hampir mencecah 140kg.


Pernah terlintas difikiran, semasa mengetahui berat aku hampir 140kg, 'Argh, lantaklah, malas dah aku nak diet. Aku memang akan macam ini selamanya.'


Alhamdulillah, aku berjaya istiqamah, dan sekarang berat aku 115.7kg. Sebelum ni ukur lilit pinggang aku hampir 50 inci.


Aku harap, aku terus membawa semangat ini buat selama-lamanya.  Amiin.



Isnin, 2 Februari 2015

Aku tau..

Aku tau,

kehidupan di alam maya kebanyakkannya palsu.


Aku tau,

banyak kajian menyatakan media sosial penyebab kemurungan.


Aku tau,

tak perlu untuk aku bandingkan kehidupan aku dengan mereka.


Aku tau,

tak patut untuk aku cemburu dengan kehidupan mereka yang sempurna itu.


Tapi,

kenyataan memang pahit,
tak semuanya baik,
contohnya kehidupan aku.