Khamis, 13 Mac 2014

Bazir masa + bazir wang = Pengalaman?

Umum diketahui (cuma orang yang terlibat dan berada di sekeliling je) gigi saya mempunyai masalah sejak 2012 lagi. Atau 2011. Tak pasti.

Dua batang gigi yang saya dapat entah sejak bila gigi susu mula merapuh, telah rosak akibat kecuaian dan ketiadaan ilmu tentang penjagaan gigi yang betul.

2 hari lepas, iaitu pada hari ulangtahun kedua yang meragut hampir 10,000 nyawa dengan gempa bumi yang telah menyebabkan tsunami di Jepun, saya menunaikan temujanji untuk pemeriksaan selepas rawatan akar dengan doktor gigi.

Sebenarnya, selepas temujanji yang terakhir, gigi saya mula sakit seperti rawatan akar yang pertama dulu-dulu. Kesakitannya amat melampaui batas ketahanan diri.

Pressure points tidak lagi berkesan.

Ubat tahan sakit ditelan.

 Betul cakap orang yang berpengalaman, kalau didalam situasi yang ada dua orang pesakit, rawatlah orang diam dan keras macam batu dulu daripada orang yang terjerit-jerit merintih kesakitan.

Sakitnya buat saya terdiam.

Doktor cakap ada dua kemungkinan; akar gigi retak ataupun ada jangkitan kuman pada gusi.

Dalam X-ray tiada kelihatan jangkitan tisu tersebut. Malah tiada rasa sakit pada gusi ini. Kemungkinan jangkitan kuman pada gusi sangat kecil. (Pendapat sendiri.)

Doktor memberi pilihan supaya diteruskan dengan Pembedahan Kecil Apical dan meneruskan perjuangan dalam proses menyelamatkan gigi ini. Tapi, saya dah buat keputusan sebelum datang; pembedahan itu sama sekali tidak akan saya pilih.

Maka, dengan berat hati, saya membuat keputusan, gigi ini akan dicabut. Memo mula ditulis.

 Maaf gigi, saya telah berputus harapan. Terima kasih sepanjang perkhidmatan kamu, semasa susah mahupun senang.

Kematian gigi ini akan membawa kepada pengembaraan/pengalaman terbaru saya, iaitu Perjalanan Mendapatkan Gigi Gantian/Palsu,.

Jumaat, 28 Februari 2014

Kebetulan

Masih ingatkah anda pada tarikh 28 Febuari?

Sebenarnya, hari inilah. Hari ini 28 Febuari 2014.

Tarikh pada kali ini sangat bermakna bagi saya, kerana mengikut tahun hijriah, saya sudah pun genap 25 tahun.

Kenapa ianya bermakna? Kerana tarikh ini juga merupakan hari lahir mendiang Light Yagami. Ya, ya, saya tahu, Light Yagami cumalah watak fiksyen anime Death Note. Tapi saya sangat mengagumi kepintaran beliau semasa memerangkap Raye Penbar untuk menyerahkan identitinya. Ya, saya maksudkan episod dimana Light dan teman wanitnya menaiki bas untuk ke taman tema.

Kematian L. Lawleit juga sangat tragik, apabila Sang Remulah yang membunuhnya. Syabas Light-kun.

Malangnya, pada akhir-akhir hayat Light, beliau tidak lagi sepintar Light semasa remaja dahulu. Mungkin juga si penulis sudah habis idea.

Oh ya, Light mati pada tarikh 28 Januari 2013 (anime) atau pada 28 Januari 2010 (manga). Mengikut anime, Light Yagami lahir pada tahun yang sama dengan saya. Apa-apa pun, saya sebagai peminat Death Note, amat merindui keseriusan dan mengagumi kepintaran Light. :D


Selasa, 4 Februari 2014

Berusahalah Alia!

Hari ini masuk hari ke tiga saya diet.

Sebelum ni, memang dah diet, tapi sejak balik ke kampung selama dua minggu, diet hilang entah ke mana.

2/2/14--->131.0kg

3/2/14--->128.8kg

4/2/14--->127.5kg

berat yang hilang ni ialah berat air kerana penurunan berat sangat cepat.

Apa-apa pun pada penghujung bulan Febuari, saya mensasarkan untuk mempunyai berat 120kg dan kembali muat memakai seluar saiz 46 yang dahulu. :)

Saya juga mengambil vitamin dan mineral untuk keperluan badan.

Vitamin C, Multivitamin, B-Kompleks, Minyak Ikan, Minyak Kelapa Dara, dan Kalsium dengan Vitamin D.

Oh, saya mengamalkan Diet Atkins. :)

Sensitif tak habis-habis lagi

Baru saja lepas menonton Thor: The Dark World.

Ya Tuhan, memang jatuh cinta habis pada anak si Laufey ni; Loki. Sejak daripada filem pertama lagi.

Babak yang menyebabkan air mata bergenang ialah yang di bawah.

Disebalik keganasan yang dilakukan Loki, dia masih sayangkan ibu (angkat)nya.

Masih bersedih dengan kehilangan ibunya, Frigga.

Projek Keluarga Zed Nelson

Baru je terjumpa pasal  Projek Keluarga Zed Nelson .

Entah kenapa, air mata menitis. Perasaan bercampur-aduk.

Mungkin kerana sang suami dan sang isteri semakin tua, anak pula menjangkau usia 20-an.

Rasa gembira untuk mereka. :)

awal kelahiran si anak
selepas 20 tahun

Masih menganggur..

sigh....


Masih menganggur.


Tak ada semangat nak kerja walaupun nak sangat kumpul duit.


Teringin nak tinggal sendirian, tapi duit tak ada nak beli barang untuk pindah.


Patutnya perlu kerja dah.


Entahlah...

Sabtu, 14 Disember 2013

Betul kata pakar..

Minggu ni anak saudara bertandang ke rumah.

Memang riuh habis.

Satu malam (malam pernikahan Zain dan Che Ta :D ), saya dan mereka (2 orang) main lukis-lukis atas papan putih masing-masing.

Seorang berumur 4 tahun dan seorang lagi berumur 3 tahun. Mereka menyuruh saya melukis pelbagai benda; ikan, semut, hantu pocong (!), Doraemon dan rumah.

Tipikal lukisan rumah; ada pintu, bumbung, tingkap, pasu bunga, dan orang lidi. Maka sesi pertanyaan pun bermula:



4              :Ni apa Chik Ya?

Saya         : Bumbung....

4              :Ni rumah apa Chik Ya?

Saya         : Rumah kecik...

4               :Awat kecik?

Saya         :Tak nampak ke rumah ni kecik? Boleh masuk 3 orang ja. Mak dia, ayah dia dan budak ni.

3               : Ni apa Ya? (tunjuk kepada tingkap yang cuma nampak kepala orang lidi)

Saya          :Kepala budak tu la.

3               : Dia buat apa ni?

Saya          : Tunggu mak dan ayah dia balik dari kerja. (sibuk melukis lagi)

3               : Dia tak nangis ke?

Saya         : ermm?

4               : Mana tok dia? (Mana nenek budak ni? dengan penuh prihatin)

Saya           : ***gelak guling-guling..***




Betul kata pakar, kanak-kanak memang hebat dalam berimaginasi. Mereka menyoalkan perkara yang nampak remeh-temeh tapi perkara itulah yang kadang-kadang orang dewasa terlepas pandang dan anggap tak penting.