Minggu ni anak saudara bertandang ke rumah.
Memang riuh habis.
Satu malam (malam pernikahan Zain dan Che Ta :D ), saya dan mereka (2 orang) main lukis-lukis atas papan putih masing-masing.
Seorang berumur 4 tahun dan seorang lagi berumur 3 tahun. Mereka menyuruh saya melukis pelbagai benda; ikan, semut, hantu pocong (!), Doraemon dan rumah.
Tipikal lukisan rumah; ada pintu, bumbung, tingkap, pasu bunga, dan orang lidi. Maka sesi pertanyaan pun bermula:
4 :Ni apa Chik Ya?
Saya : Bumbung....
4 :Ni rumah apa Chik Ya?
Saya : Rumah kecik...
4 :Awat kecik?
Saya :Tak nampak ke rumah ni kecik? Boleh masuk 3 orang ja. Mak dia, ayah dia dan budak ni.
3 : Ni apa Ya? (tunjuk kepada tingkap yang cuma nampak kepala orang lidi)
Saya :Kepala budak tu la.
3 : Dia buat apa ni?
Saya : Tunggu mak dan ayah dia balik dari kerja. (sibuk melukis lagi)
3 :
Dia tak nangis ke?
Saya : ermm?
4 :
Mana tok dia? (Mana nenek budak ni? dengan penuh prihatin)
Saya : ***gelak guling-guling..***
Betul kata pakar, kanak-kanak memang hebat dalam berimaginasi. Mereka menyoalkan perkara yang nampak remeh-temeh tapi perkara itulah yang kadang-kadang orang dewasa terlepas pandang dan anggap tak penting.