Khamis, 13 Ogos 2020

Perkembangan Diet

 Cuba teka berapa berat aku sekarang? 


Bawah 100kg??


No...


Aku berjaya naikkan balik berat aku. Hahaha



Sekarang berat aku yoyo, 137kg sekarang.


Payah la nak maintain berat..


Sejak puasa dan raya yang lalu, berat aku naik ke 140kg balik. Gila betul.


Of course la aku gelabah. 


Tapi sekarang dah diet balik, tak sampai seminggu cheat. Pastu berat naik balik..


Aku rasa susah la. Orang lain cabarannya mungkin berhenti hisap rokok, berhenti ambil dadah, atau berhenti merempit.


Aku.. ?

Kena berhenti makan.. yang mana benda yang mesti kita buat, kalau tak akan mati. Bila makanan dah masuk mulut, aku jadi rindu kat dia. Sehari dua ok lagi, lepas tu, aku rindu.. mula la terbayang benda2 sedap


 Kadang2 benda tu tak sedap pun, pun aku rindu juga. Entah la.. susahla jadi aku.. 


Aku selalu doa "Ya Allah mudahkan aku turunkan berat badan supaya dapat jadi muslim yang kuat"


Kalau doa saja tiada tawakal yang cekal, tak jadi juga..


Semoga aku kuat dan doa aku diperkenankan. 




Selasa, 18 Februari 2020

2020, 31 Tahun, Misi Menjaga Kesihatan

Walaupun aku target nak hidup sampai 45 tahun saja, aku tetap mahu jaga berat badan aku.

Alhamdulillah, kawan lama aku contact aku, dia ajak aku diet sama sama. Dia belikan aku penimbang. Segan pula aku nak terima. Terima kasih kawan. 😊

Aku start lewat bulan november tahun lepas. Sebelum hari jadi aku ke 30. Aku buat IF dan OMAD , hilang la 6 kg. Mungkin sebab tak jaga makan, berat aku slow je turun.

Sebab rasa tak patut aku hilang berat begitu perlahan, aku ubah ke diet kalori, 5 kali sehari makan, cumanya protein 1 meals sahaja. Sepatutnya makan telur juga, aku skip je sebab malas nak makan, aku hanya makan roti wholemeal sekeping utk breakfast dan dinner. Snacking buah buahan. Ok la. Sekejap je berat turun. Dah 4 hari buat, sekarang berat badan 130.9kg. wot wot!!💪💪💪

Diet ni tak macam atkins sangat. Kalau atkins atkins mau bosan makan protein saja kalau lapar.

At least aku masih boleh makan roti(carb) dan buah (gula). So, aku tak craving sangat. Kalau OMAD mmg lapar la nak tunggu makan. Ni tak sempat lapar sangat, dah masuk waktu makan. Semoga aku istiqamah la.

Semoga berat tak rebound. Esoknboleh kot makan nasi, sebab dalam jadual pemakanan kena makan juga nasi seminggu sekali. Teringin nak nasi lemak. Mungkin boleh makan sebungkus saja la. Esok g beli. Utk makan lunch.

Bila aku scroll balik blog ni, berat tertinggi aku ialah pada September 2017. 152-154kg. Sekarang dah menghampiri 130 kg, buat aku bersyukur. Alhamdulillah. Hilang hampir 23kg dah. Terima kasih ya Allah. 😊


Aku target utk hilang 6-8kg untuk diet ni. Sebab kawan aku yang beratnya cuma 80kg, boleh hilang 15kg kurang sebulan. Aku target buat 25 hari sahaja, ikut jadual.

Jadual makan hari2.

Breakfast: sekeping roti wholemeal + 3 biji telur putih

Snacking: sebiji buah epal

Lunch: protein + sayur

Snaking :sebiji buah epal

Dinner: sekeping roti wholemeal + 3 biji telur putih

Yang penting elak mengoreng makanan, kurangkan garam, minum air kosong sahaja.

Aku makan juga buah lai sebab rindu makanan manis. Bosan kot makan buah epal hijau ja. Lepas ni nak beli epal merah pula.

The main reason aku tukar kepada diet ni ialah kerana aku rasakan metabolism aku down bila buat OMAD, hang makan sekali sehari, tetiba bila waktu buka puasa makan macam saka. Ye la, aku lapar. Mmg tak tahan la kawal nafsu. Aku masih cintakan OMAD, mungkin lepas 25 hari diet ni, aku akan balik ke OMAD sekejap. Nak makan macam2. 🤣

Nov 19- 140kg
15 Feb 20-135.5 kg
18 Feb 20 - 130.9kg

Target weight: 125kg-128kg.

Isnin, 19 Ogos 2019

Tahun keramat

Tahun ni cukup la aku umur 30 tahun.


Cepatnya berlalu. Semalam aku terkenang memori lama, dan aku berharap aku boleh kembali pada masa dulu, hidup ulang kali pun tak pa. Aku janji takkan rasa jemu. Hahaha


Kehidupan yang sangat aku rindui ialah semasa alam sekolah menengah. Kenapa? Sebab semasa di sekolah menengahlah aku banyak belajar kehidupan, orang cakap baru nak matangkan? tapi tak ada la matang sangat pun, tapi aku suka otak aku masa tu. Aku sangat cepat tangkap berbanding sekolah rendah, terasa semua angan-anganku terasa dihujung jari, semuanya rasa senang.


Sekarang? Masa bergerak sangat pantas. Terasa sangat. tengoklah blog ni, terasa macam aku ada kemaskini untuk tahun 2019, tapi rupanya November tahun lepas.


Sebut pasal November, hari jadi aku kan jatuh pada bulan tersebut, ajaibnya, aku sudah tak perlukan sambutan hari jadi lagi bermula tahun lepas. Tak terasa pun. Sebenarnya aku rasa sangat muram pada tarikh tersebut. Rupanya, 2 hari selepas tu kucing aku mati 3 ekor dalam masa 4 hari. Patutlah aku sangat muram. Aku langsung lupa pasal orang sekeliling, aku asyik teringat kematian pada diri aku saja. Besar sangat rasanya, sampai aku tak ingat itu akan jadi pada orang/benda yang paling rapat dengan aku.


Ini kisah ringkas sahaja. Malas nak tulis secara terperinci.


Banyak benda berlaku tahun ni.


Mematangkan.


Mendewasakan.


Aku berdoa agar keluarga kami berubah ke arah kebaikan dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Isnin, 12 November 2018

Adui...

Berat terkini selepas genap ber atkins 3 hari, 139.1kg. kah3


kenapa 3 hari je? sebab badan masuk angin. lewat makan. pastu lenguh sendi2 habis. ni pun dok sakit lagi. Adui la..


ni la sebab aku malas nak buat atkins. not the first time perut masuk angin. rasa dah 3-4 kali jadi cam ni masa buat atkins.  sebab bila buat  ja, perut automatik rasa tak lapar sangat. pastu makan lambat.


tak pe la, aku teruskan juga low carb ni esok, lusa. hari ni nak kena buka dulu. sakit wei..


tadi buka diet dengan roti dan sebiji donut tesco, terus kentut2. yg aku makan ayam 3 ketul, satu apa efek pun xde. kah3. sabar la hati. at least ada penurunan. berat sebelum dalam 142-143kg.


stay strong alia!!



Sekejap je masa

Tak lama lagi genap tarikh kematian abah. cepatnya masa berlalu. selalu ingat abah. semoga abah terpelihara dan tenang di sana.





Rabu, 15 Ogos 2018

Dah masuk bulan kemerdekaan

Amboi, lamanya tak tulis.

Bukan tak ingat, tapi tak ada mood nak buka blog.

Apa yang dah jadi pada bulan-bulan yang lepas??

Tulis yang penting-penting dah la, sebab bukan ingat sangat pun. HaHaHa

Mac 2018- Mama beli tablet, tapi akhirnya aku yang pakai. Kucing aku melahirkan 4 ekor anak kucing yang comel macam anak tikus. LOL

April 2018- Demam alergik. Hampir tak ingat, ni pun buka jurnal untuk tulis.

Mei 2018- Demam PRU 14. Mengundi buat kali ke 2. Beberapa hari sebelum mengundi, kaki terseliuh. Kucing aku beranak lagi. Dapat 3 ekor. Macam tak cukup bulan, tapi hidup semuanya.

Jun 2018- Seekor anak kucing mati, demam rasanya. Sayang nak tanam. Bulu cantik macam karpet.  Hari raya. Kak tie je yang tak balik kampung. hujung bulan start diet.

Julai 2018- Tablet mama rosak! Sampai sekarang (Ogos)tak bagitau kat mama. KihKihKih

Ogos 2018- Diet on off. Bernekad nak berniaga. Bateri kereta mati. Kucing aku dah umur setahun.


Oh, berat aku dalam lingkungan 142.5- 143kg.

Bila baca balik blog ni, pergh.. cam tak caya berat pernah cecah 150kg. tak pa la, harap akhir tahun ni dapat bawah 140kg. Amin.

Terima kasih Allah, Alhamdulillah. :)

Sabtu, 3 Februari 2018

Wildan-wildan syurga

Assalamualaikum.


Dah masuk bulan ke-2 , 2018. Mati-mati aku ingat ada buat post untuk bulan Januari.


So, beberapa hari ni aku asyik teringat pada seorang kawan lama.


Kawan ke? Mungkin kenalan lebih sesuai, sebab kami tak pernah sekepala ataupun bersembang baik-baik mahupun bermain bersama. Well, dia setahun tua daripada aku. Kami kenal semasa di kelas fardhu ain setiap pagi Jumaat di surau taman perumahan.


Arshad namanya.


Hari Jumaat tersebut, pada jam-jam terahir dia di atas muka bumi, kami ada bergaduh. Biasalah, budak-budak perempuan dengan lelaki mana pernah ngam. Dia nak kipas dinding hala pada dia saja, aku pula nak kipas hala pada aku. Mungkin lebih baik kalau kipas itu dibiarkan berpusing 180 darjah. Sekejap-sekejap kami bangun dan lawan tarik tali kipas. Nasib baik kipas tak jatuh. hahaha


Aku ingat lagi dia lukis mini teng-teng dengan kapur di atas meja, dan guna jari untuk 'lompat' ke dalam kotak-kotak tu. Nampak fokus je.


Beberapa jam selepas tu, abang aku balik daripada solat Jumaat dan bagitau dia meninggal, kemalangan depan masjid. Katanya dahi dia pecah sikit dan nampak tengkorak. Abang aku usik, katanya nanti hantu Arshad datang kat aku sebab bergaduh dengan dia masa kelas pagi tadi. Aku cuma mencebik kat abang aku. Tak de rasa sedih pula dia meninggal masa tu, sebabnya bagi aku, dia pergi ke syurga sebab mati sebelum baligh. Rasa macam dia sangat beruntung pula. Cuma terbayang, mesti mak ayah dia sangat sedih.


Beberapa minggu selepas itu, ada seorang kakak(ustazah) menggantikan ustaz, mengajar kami. Masa ambil kedatangan, nama Arshad dipanggil, kami semua kata dia dah mati. Dia tergelak. Bila tengok kami serius, baru dia tanya, "Korang serius ke ni?". Dia ingat kami main-main. Yela, budak-budak kan banyak bergurau. Teringat lagi betapa terkejutnya kakak tu. Air muka dia berubah.


Kalau aku berada di tempat kakak tersebut, aku pun akan terkejut dan sedih. Muda lagi, masih kanak-kanak. Banyak harapan yang mak ayah Arshad pertaruhkan ke atas dia. Anak sulung pula tu. Pemergian yang mengejut.


Sekarang Arshad dah jadi wildan di syurga. Kadang-kadang terbayang, mungkin dia ada bermain dengan mak cik- mak cik aku, sepupu-sepupu dan baby H di syurga. Kalau dia masih ada, dah berumur 30, tahun ni.


Bertuahlah ibu bapa yang ada wildan-wildan syurga, mereka akan menarik tangan ibu bapa dengan membawa air di pintu syurga kelak.


Salam takziah dan tahniah.