Khamis, 5 Disember 2013

Cikgu ****

Terkesima sekejap selepas tengok Facebook seorang rakan sekolah rendah. Beliau rupanya seorang guru sekarang ni. MasyaAllah, tak sangka sungguh. Dulu bukan main nakal semasa sekolah, kena marah dengan guru-guru pun tak lut.. (senyum) Paling tak percaya ialah beliau merupakan pelajar yang beroleh 5A semasa UPSR dahulu. Bukan kawan-kawan sahaja yang terkejut, para guru lagilah terkejut dan bangga dengan pencapaian beliau.

Sekarang, mendidik anak bangsa. Sungguh mulia perkerjaan beliau. Semoga terus bersemangat dan berdedikasi dalam mengajar, Cikgu ****. :)

Isnin, 2 Disember 2013

2 Tahun yang Lalu

Hari Jumaat.

Pagi-pagi lagi dah bertolak dari Klang ke Institut Jantung Negara.

Abah menjalani pembedahan jantung. Coronary Bypass.

Semua risau dan sedih. Aku ponteng kuliah buat pertama kali bagi kelas Animal Physiology.


Teringat sebulan yang pertama abah melalui proses pemulihan. Dia seakan-akan putus asa kerana sakit yang ditanggung. Teringat dia kata yang boleh dikonklusikan sebagai 'sakit sangat'. Sedih dan kesian tengok dia dalam keadaan macam tu. Senyuman seperti terpaksa. Badan semakin kurus.

Selepas 2 bulan, abah semakin sihat. Alhamdulillah, abah dah pulih sepenuhnya dari pembedahan tersebut. Boleh dikatakan abah yang dulu (berisi) dah tak ada. (senyum)

Rindu pulak kat dia yang berisi dulu.

Sabtu, 30 November 2013

Selamat Hari Lahir

Genap 24 tahun diri ini, terasa masih keanak-anakan.

Macam biasa, tiada hadiah dan sambutan. Hanya beberapa ucapan dari emel.


Isnin, 25 November 2013

Pengenalan: Miss Lenovo


Miss Lenovo sakit pada 19 November 2013. Hari yang sama aku terima ijazah dari Dato’ Sahol.  o_0


Aku kesunyian.


Tidak sehingga hari Khamis baru jumpa kedai yang baik hati memberi harga yang murah untuk format si dia. Mahal sungguh di KL! Tiba-tiba rindu betul kepada Shah Alam.. Berada di bawah sayap sang malaikat.


Rahmat.



Hari Jumaat si dia dah pulih.. fuh.. Rindu tak terkata. Dalam fikiran hanya terngiang-ngiang lagu ‘You Light Up My Life’. 


Sememangnya Miss Lenovo sahaja barang mewah yang pernah aku ada selain Toshiba-san yang diserang angin ahmar pada 2011. Serangan keduanya membawa maut. Aku menyesal kerana membeli mesin sokongan hayat yang separuh harga lagi murah daripada yang asli. Takkan diulangi kesilapan ini. 


Selain mereka, Abang Symphony ada berehat di Kedah, menghidap penyakit artritis dan juga lemah jantung. Tak pasti sama ada ingin menggantikannya atau tidak. Dia yang paling awal wujud dalam diri ini, April 2005.